Sandakan yakin pertahan emas tenis berpasukan

14 Oct 2025 • 12:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Pasukan tenis Sandakan yakin mampu mempertahankan pingat emas dalam acara berpasukan pada Kejohanan Sukan Sabah (Saga) XI, di sini.

Jurulatih Sandakan Rohzan Mohd Daud berkata beliau optimis berdasarkan kepada pengalaman serta prestasi cemerlang pemain yang menjuarai edisi terdahulu.

“Bagi saya, ini satu kebanggaan membawa anak-anak tenis Sandakan untuk mewakili daerah ke Saga XI di Tawau, Bagi edisi kali ini, kami juga gabungkan pemain senior dan junior bagi memperkukuh pasukan.

“Sebagai rekod, Sandakan adalah pemegang pingat emas dari edisi lepas dalam acara berkumpulan. Disiplin dan semangat berpasukan menjadi tunjang utama kejayaan skuad Sandakan dalam mempertahankan emas,” katanya ketika ditemui media semasa peringkat suku akhir tenis berpasukan di gelanggang tenis Kompleks Sukan Tawau, pada Isnin.

Menurutnya, persiapan pasukannya bermula seawal Februari dan beliau juga optimis pemain sentiasa mengikuti kejohanan yang dikelolakan oleh sahabat tenis seperti Liga 1 serta Liga 2.

Peringkat akhir acara tenis berpasukan akan berlangsung pada 14 Oktober dan acara individu dijadual berlangsung pada 17 Oktober.