Sandal Seperti ‘Selipar Tandas’ Dijual Pada Harga RM5,720 Di Arab Saudi

Entertainment
17 Jul 2024 • 12:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau sebut Arab Saudi, mesti tahu harga barang lebih mahal berbanding di negara kita disebabkan kadar wang yang jauh berbeza.

Pun begitu, satu video yang tular baru-baru ini memaparkan sebuah kedai di Arab Saudi menjual sandal harian yang rupanya sama seperti selipar tandas di Malaysia.

Selipar trendy katanya?

Dalam video yang dimuat naik oleh @kuwaitinside, beberapa buah selipar tali jenis flip flop telah dipamerkan dengan rapi dalam kotak kaca. Kalau korang tengok, selipar tersebut memang sama dengan selipar yang biasa orang kita pakai setiap hari.

Namun, satu benda yang mengejutkan netizen di media sosial apabila mengetahui sandal tersebut dijual pada harga SAR4590 bersamaan RM5,720.

Kualiti sandal ni bagus rasanya..

Nampak seperti selipar biasa namun beberapa ciri ditekankan oleh jurujual untuk menunjukkan kualiti sandal tersebut setanding dengan harga yang dijual. Contohnya, ukiran pada tali dan tapak selipar, ‘bunga’ yang ada di bawah selipar itu serta tapak bawah yang lembut membuatkan ia lebih elastik dan selesa dipakai.

Mungkin ia keluaran jenama terkenal membuatkan harganya jauh lebih mahal berbanding selipar yang dijual di Malaysia walaupun rupanya seakan-akan ‘selipar tandas’.

image is not available

Meninjau ke ruangan balas di X, rata-rata netizen terkejut bila mengetahui selipar ringkas tersebut dijual pada harga yang tidak masuk akal.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Fuh.. selipar ni memang lejen!

Sumber: X

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.