Sandra Lim tamatkan kemarau Malaysia selepas 53 tahun, berjaya ke Top 30 Miss Universe

WorldEntertainment
17 Nov 2024 • 1:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan model dari Selangor, Sandra Lim tamatkan kemarau Malaysia selepas 53 tahun apabila terpilih sebagai Top 30 Miss Universe 2024.

Pencapaian Sandra Lim Shue Hui itu sekali guus mencipta sejarah di pentas antarabangsa buat Malaysia di pentas Miss Universe.

image is not available

Menerusi hantaran di Instagram, Miss Universe Malaysia menzahirkan ucapan tahniah buat Sandra atas kejayaan membanggakan.

Instagram will load in the frontend.

Difahamkan, kali terakhir Malaysia berjaya melangkah sejauh ini adalah pada tahun 1970 menerusi perwakilan Josephine Lena Wong, seorang wanita yang berasal dari Ipoh, Perak.

Sandra Lim tamatkan kemarau Malaysia

Terdahulu, Sandra dikatakan bakal memperagakan pakaian bertemakan warrior princess yang direka oleh pereka tempatan, Ezuwan Ismail.

Pakaian tersebut direka menggunakan songket tenunan tangan dan dihiasi dengan sulam tebuk bagi menyerlahkan keindahan dan keagungan tradisi Malaysia.

image is not available

Kostum itu juga turut dilengkapi dengan aksesori seperti tanjak pahlawan dan sebilah pedang, melambangkan keberanian, kelembutan, serta kehebatan watak legenda Walinong Sari dalam seni mempertahankan diri.

image is not available

Tahniah Sandra kerana memecahkan kemarau selama 53 tahun di pentas Miss Universe.

View Original Article