Pereka Fesyen Busana Miss Universe 2024, Ezuwan Ismail Pilih Tak Baca Komen Negatif, Bakal Dedah 'Secret Gown' - "Kejutan Akan Lebih Besar"

28 Oct 2024 • 12:27 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pereka fesyen Ezuwan Ismail memilih untuk tidak membaca komen negatif dan keterlaluan terhadap busana yang direkanya untuk wakil Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73, Sandra Lim, 23.

Ezuwan, 42, berkata, apa yang penting baginya, Sandra gembira dengan penghasilan busana berkenaan dan rasa bertuah apabila diberi kepercayaan oleh Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) untuk mereka tiga persalinan terbabit dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Saya memang cuba elak daripada membaca komen tak baik kerana itu hanya akan mengganggu fokus kerja. Walau kadang-kadang, bila kita buka media soaial, pasti akan terbaca juga. 

“Memang ‘wow’ kecaman yang diterima misalnya di TikTok, kalau baca boleh buat kita pitam. Tapi tidak mengapalah sebab pada saya itu pendapat dan penerimaan masing-masing. 

“Apa yang penting bagi saya, bila semua baju itu siap, Sandra gembira dan berkeyakinan untuk membawa nama negara ke pentas dunia. Saya hanya nak dia suka dan gembira saja. 

“Sebab dia yang akan pakai dan semestinya mahu apa yang dirasakan selesa bila berjalan di atas pentas nanti. Kami pun saling berbincang untuk hasil yang terbaik,” katanya.

“Ramai yang tak tahu sebenarnya ada baju ketiga iaitu ‘gaun rahsia’ yang akan dipakai Sandra. Sebab untuk segmen itu, Sandra akan berjalan seorang diri sambil diperkenalkan.