Sangat Beradab! Peminat Kongsi Pengalaman Minta Bergambar Dengan Mierul Aiman - “Dia Hulur Tangan Dulu Nak Salam…”

11 Nov 2026 • 3:21 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Sangat Beradab! Peminat Kongsi Pengalaman Minta Bergambar Dengan Mierul Aiman - “Dia Hulur Tangan Dulu Nak Salam…”

Sikap mesra pelakon Mierul Aiman mendapat pujian seorang individu apabila terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalam ketika didekati bagi meminta bergambar.Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut berkata, dia melihat Mierul sedang melayan beberapa peminat sebelum membawa seorang kanak-kanak bernama Zaara untuk bergambar bersama pelakon itu.“Bagus betul adab Mierul Aiman ini. Semalam nampak dia tengah layan dua atau tiga orang peminat. Aku pun terus lari bawa Zaara, minta nak bergambar dengan dia.“Korang tahu dia buat apa? Dia hulur tangan dekat aku dulu nak salam,” tulisnya.Menurut individu berkenaan, dia pada awalnya tidak mendahului untuk bersalam kerana menghormati Mierul yang ketika itu sedang sibuk melayan peminat lain.Bagaimanapun, tindakan spontan pelakon Project: High Council tersebut membuatkannya teruja.“Bukan tak nak salam dulu, cuma aku hormat dia tengah sibuk. Sekali dia yang dahulukan. Kalah aku bab adab!.“Itulah cerita macam mana Zaara dapat gambar dengan Uda. Hormat pada anda, Uda!” tulisnya.Sumber: Threads

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved