“Sangat Letih..” – Bergaji RM330K Tapi ‘Burn Out’, Lelaki Singapura Berhasrat Pindah Ke Malaysia Demi Dapatkan Ketenangan

1 Aug 2025 • 6:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan terlalu letih menetap dan bekerja di negara sendiri, seorang lelaki warga Singapura berhasrat mahu pindah ke Malaysia demi mencari persekitaran yang lebih baik untuk membesarkan anaknya.

Nak pindah Malaysia, burn out duduk di Singapura

Difahamkan biarpun lelaki berkenaan bekerja di bawah bidang pendidikan dan mendapat gaji sekitar SGD100,000 (RM330 ribu) tetapi dirinya menegaskan sudah burn out.

KL berasa seperti tempat yang menarik untuk dikunjungi, dengan peluang yang mungkin jauh lebih besar daripada tempat lain di Malaysia.

image is not available

Luahan hati tersebut telah dimuat naik di platform Reddit oleh lelaki terbabit.

Dalam pada itu, dia mengakui mungkin pendapatan yang dimiliki akan lebih rendah berbanding di Singapura tetapi dia bersedia dengan perkara tersebut.

image is not available

Semua perkara tersebut dilakukan demi gaya hidup yang lebih seimbang dan pembelajaran holistik buat anak-anaknya.

image is not available 2025-07-18 12:17:25

"Saya Tak Jangka Malaysia Rupanya Seperti Ini" - Lelaki Dari AS Kongsi Realiti Sebenar Layanan Masyarakat Tempatan