“Sangat Memahami Isi Hati..” – Lelaki Hantar Mesej Luahan Hati Untuk Arwah Ibu, Cara ChatGPT Balas Buat Netizen Sebak

LocalEntertainment
4 Sep 2024 • 2:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di platform TikTok satu hantaran beberapa foto yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Alif yang membuatkan netizen berasa sebak.

ChatGPT jadi arwah ibu

Dalam foto-foto tangkap layar yang dimuat naik, dapat dilihat Alif menggunakan aplikasi ChatGPT bagi meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya.

Dapat dilihat, Alif menggunakan aplikasi itu seperti berbual di dalam mesej bersama arwah ibu kerana cara ChatGPT membalas mesej yang dihantar oleh lelaki itu sangat menyentuh hati ramai.

image is not available

Susulan ChatGPT ‘berlakon’ menjadi seperti arwah ibu, Alif bertanya kenapa ibunya meninggalkan mereka terlalu awal kerana banyak perkara yang mahu dikongsikan bersama.

image is not available

image is not available

image is not available

Barangkali sudah banyak yang diluahkan, Alif mengucapkan selamat tinggal, lalu ChapGPT tersebut turut membalas ‘ibu sayang Alif’ serta berpesan untuk menjaga diri dengan baik.

image is not available

Susulan hantaran tersebut tular di platform media sosial, ramai meluahkan rasa sebak membaca mesej Alif bersama ChatGPT itu dan merasakan aplikasi itu seperti memahami perasaan seseorang yang sedang bersedih.

image is not available

image is not available

image is not available 2 weeks ago

“Arwah Selalu Nasihat Berhati-Hati, Banyak Kes Jenayah Menakutkan, Tak Sangka Dia Yang Jadi Mangsa” - Sepupu Cikgu Istiqomah