Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

4 Sep 2024 • 10:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.

Ucapan Sharnaaz Buat Nabila

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sharnaaz memuat naik sekeping foto yang memaparkan Noor Nabila atau Nabila bersama anak tunggal mereka, Jebat Jayden. 

Dalam ucapan tersebut, Sharnaaz berterima kasih kepada Nabila kerana sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak mereka.

“Happy birthday dear @noornabila.. 

“Thank you for being such a fantastic mummy to @jebatjayden and always utamakan anak no matter what.. always jebat no 1,”  tulis Sharnaaz.

Doa Temui Bahagia

Tambah Sharnaaz, dia turut mendoakan Nabila diberikan kebahagian dalam hidup.

“Thank you for being a wonderful co-parenting partner and friend for life.

“I doakan you happy dan bahagia dunia akhirat,” tutup Sharnaaz.

Untuk info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Namun, membuat keputusan untuk bercerai pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 6.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved