“Sangat mencabar” – Silibus Subjek BM Tahun 2 Sekolah Rendah Dikatakan Tidak Sesuai?

Entertainment
25 Jun 2023 • 9:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya masih banyak yang perlu ditambah baik dalam isu pendidikan negara kita kerana kali ini, ramai yang berpendapat bahawa silibus subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan adalah tidak sesuai dengan keupayaan anak-anak mereka.

Isu silibus itu telah dibangkitkan oleh Mohd.Fadli Salleh yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli di Facebook baru-baru ini.

image is not available

Ini kerana dalam silibus subjek berkenaan, murid-murid tahun dua dikehendaki untuk membaca, memahami dan menulis isi tersirat.

Cikgu Fadli mempersoalkan adakah dengan rasional dan logik akal, soalan seperti itu sesuai untuk murid tahun dua?

Anak-anak kita bukan tak pandai. Bukan tak boleh. Tapi bila silibus melebihi apa yang mereka mampu kuasai, menyebabkan mereka akan ketinggalan, rasa susah dan mati minat mereka,” tambahnya lagi.

Isu yang dibangkitkan itu dilihat turut mendapat persetujuan dan sokongan daripada warganet di FB yang rata-ratanya merupakan ibu bapa.

image is not available

Ada ibu bapa yang menyalahkan penulis buku yang didakwa tidak tahu aras budak sekolah yang berusia lapan tahun.

image is not available

Tidak kurang juga ada warganet yang berpendapat bahawa pelajar tahap 1 hanya perlu mantapkan kemahiran 3M (Membaca, Menulis & Mengira) sahaja.

Selain itu, ada juga ibu bapa yang berkongsi kesusahan mereka untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah kerana silibus pembelajaran yang turut mencabar pemikiran ibu bapa.

Menurut sesetengah netizen pula, silibus isi tersirat ini dahulunya diajar ketika darjah enam.

image is not available

image is not available

Apa pula pendapat korang tentang isu ini?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.