Sanggup Bangun Awal Masak Sahur Buat Cucu, ‘Inik’ Dari Sibu Ini Buat Netizen Kagum

3 Apr 2023 • 2:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perbezaan agama bukanlah penghalang

Sanggup Bangun Awal Masak Sahur Buat Cucu, ‘Inik‘ Dari Sibu Ini Buat Netizen Kagum. Tular di laman Tiktok baru-baru ini, apabila Astro Awani memaparkan sebuah perkongsian seorang nenek berbangsa Iban yang sanggup bangun awal untuk menyediakan juadah sahur buat cucunya yang beragama Islam.

Menerusi laporan daripada Astro Awani, Laie Basih iaitu nenek kepada Nur Natasya Abdullah menjelaskan sepanjang bulan puasa ini beliau bangkit seawal jam 4:30 pagi bagi menyediakan juadah sahur mengikut permintaan cucunya.

image is not available
Sanggup Bangun Awal Masak Sahur Buat Cucu, ‘Inik’ Dari Sibu Ini Buat Netizen Kagum. Kredit: Astro Awani

Sikit pun tidak merasa terbeban. Respek!

Bahkan beliau juga akan memastikan cucunya untuk menikmati kurma ketika sahur. Beliau menegaskan beliau tidak merasa terbeban disebabkan perlu bangun awal menyediakan makanan buat cucunya.

image is not available

Difahamkan, Nur Natasya merupakan satu-satunya cucu beliau yang beragama Islam. Beliau juga merupakan satu-satunya penduduk beragama Islam di Rumah Panjang Kampung Seri Jaya Setapang, Sibu.

Cucunya telah pun dijaga oleh beliau sejak berusia satu tahun lagi.

Ini reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kegigihan beliau.

Menurut mereka, ada yang berkongsi pengalaman yang sama membangunkan rakan muslim untuk bersahur.

image is not available

Tambah netizen, situasi ini dikatakan normal di Sarawak. Perbezaan agama bukan penghalang untuk menghormati individu yang beragama lain.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: