Gigih Masak Laksa Sarawak Buat Rakan ‘Mat Salleh’, Video Wanita Ini Buat Netizen Terliur

25 Mar 2023 • 9:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laksa Sarawak di bumi Amsterdam

Gigih Masak Laksa Sarawak Buat Rakan ‘Mat Salleh’, Video Wanita Ini Buat Netizen Terliur. Laksa Sarawak merupakan antara hidangan yang paling popular di Sarawak. Hidangan ini terkenal dengan perisa rempah yang kaya dan unik, serta kepekatan kuah santannya yang pekat.

Laksa Sarawak terdiri daripada bihun, isi ayam yang dicarik, telur, tauge, udang dan banyak lagi. Satu lagi elemen penting dalam hidangan ini ialah sambal belacan yang pedas dan sedap.

image is not available
Gigih Masak Laksa Sarawak Buat Rakan ‘Mat Salleh’, Video Wanita Ini Buat Netizen Terliur. Kredit: Dyanneoshield_

Selain diminati oleh warga setempat, Laksa Sarawak juga turut digemari oleh orang luar sehingga ke luar negara! Pelancong dari luar negara sering mencuba hidangan ini ketika melawat ke Sarawak. Kebanyakan mereka teruja dengan perisa rempah yang unik dan juga kepekatan kuah santannya yang sangat pekat.

Sanggup import banyak-banyak pes laksa dari Sarawak!

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang individu di Tiktok, beliau berkongsi keterujaannya memasak hidangan Laksa Sarawak untuk rakannya dari Belanda.

Video tersebut telah dikongsi oleh Dyanneoshield_ di Tiktok miliknya. Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mendapat sekitar 82K tontonan.

image is not available

Menurutnya, rakannya itu sangat meminati hidangan Laksa Sarawak sehingga beliau sanggup membeli pes laksa Sarawak dalam kuantiti yang banyak sebelum terbang ke Amsterdam.

Netizen pun teruja lihat perkongsian video memasak beliau tau!

Menariknya laksa beliau, laksa tersebut dihidangkan bersama meatball.

image is not available

Ramai pula yang teruja meihat warga Belanda boleh menikmati hidangan laksa Sarawak.

image is not available

image is not available

Baca lagi artikel menarik: