Sanggup Bangun Jam 4 Pagi Untuk Berguru Dengan Misbun Sidek, Ramai Puji Disiplin 3 Pemain Badminton Thailand Ini

Entertainment
30 Dec 2023 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan mudah nak jadi juara dunia dalam mana-mana sukan sekali pun kerana seseorang atlet atau pemain perlu sentiasa cekal dan berdisiplin dalam menjalani latihan.

Itulah yang dilakukan oleh tiga orang pemain badminton remaja Thailand yang sanggup bangun seawal jam 4.30 pagi untuk berguru dengan legenda badminton negara kita iaitu Datuk Misbun Sidek.

Menurut perkongsikan Nusa Mahsuri di Facebook, tiga orang pemain badminton itu sanggup bersengkang mata demi menagih sentuhan ilmu dari Misbuk Sidek.

image is not available

Difahamkan, setakat ini, ketiga-tiga pemain badminton itu yang dikenali sebagai Punnatat Prempunpong, Nuttanon Maku dan Tonkid Saeheng itu tidak pernah gagal menghadiri latihan seawal jam 4.30 pagi.

Kalau 4.30 pagi dah mula latihan, maksudnya dorang mungkin dah bangun jam empat pagi lagi untuk bersiap ke gelanggang. Fuhh, bukan biasa-biasa.

image is not available

Rata-rata warganet di ruangan komen juga memuji disiplin dan kesanggupan pemain-pemain itu untuk berlatih dan menimba ilmu berkaitan badminton dari Misbun Sidek.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.