Sanggup Beratur 13 Jam Demi Dapatkan Tapak Jual, Sistem DBKU Undang Pelbagai Reaksi Netizen

9 Oct 2022 • 1:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pukul 5 pagi ada yang dah berebut depan pintu

Sanggup Beratur 13 Jam Demi Dapatkan Tapak Jual, Sistem DBKU Undang Pelbagai Reaksi Netizen. Terbaharu, heboh di media sosial di mana sesetengah orang menyatakan kekecewaannya terhadap sistem pendaftaran di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) baru-baru ini.

Ramai netizen meluahkan rasa kecewanya apabila ada di antara mereka terpaksa beratur dari awal pagi di hadapan pintu masuk DBKU namun tidak sempat untuk mengambil tapak jualan dalam acara yang terbesar pada tahun ini.

image is not available
Sanggup Beratur 13 Jam Demi Dapatkan Tapak Jual, Sistem DBKU Undang Pelbagai Reaksi Netizen. Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Ada yang sanggup tolak untuk mendapatkan tapak untuk jualan semasa acara Regatta tersebut

Sebelum ini, pihak DBKU telah menguar-uarkan di laman sosial bahawa mereka membuka Jualan Petak Regatta sempena Pesta Sarawak Regatta 2022 ini. Namun, jualan tersebut adalah terhad kepada 147 jualan tapak dan hanya ditawarkan atas dasar “First Come, First Serve”.

Menerusi laman Facebook, dianggarkan lebih 300 orang datang semalam untuk mendapatkan tapak jualan tersebut. Lebih mengejutkan lagi, ada yang sanggup beratur di hadapan pintu masuk dari pukul 8 malam (hari sebelumnya) untuk mendapat tapak jualan.

image is not available
Difahamkan bahawa gambar ini diambil pada pukul 5 pagi.

Netizen luah rasa kecewa terhadap sistem pendaftaran tersebut

Ada yang mendakwa terdapat beberapa orang yang memotong barisan hingga menyebabkan berlaku nya suasana tegang semasa beratur. Merasa tidak adil kerana ada yang sanggup bersengkang mata untuk berbaris semalaman namun ada individu yang tidak bertanggungjawab telah memotong queue.

Sesetengah netizen meluahkan rasa kecewa terhadap sistem jualan tapak ini kerana tiada pihak pengurusan yang menjaga barisan di luar sehingga ada yang sanggup tolak antara satu sama lain dan bergaduh di hadapan pintu masuk tersebut.

image is not available

Meninjau ke page DBKU, ramai yang luah rasa kecewa kerana tapak jualan sudah habis, tetapi ada juga yang sempat untuk daftar tapak tersebut kerana telah beratur dari 8 malam.

https://www.facebook.com/dex.ellira/posts/pfbid0u1jr3mdow1YGNvsc3gMUxKiJfQncsPMyyqofa3j6uiSRBg7wB7UW1gL9jhpqgeSEl

Harap netizen faham bahawa jualan tapak tersebut adalah terhad. Memang akan ada yang tidak sempat untuk mendapatkan tapak jualan tersebut. Bagi peniaga yang tak sempat tu, jangan risau. Mungkin rezeki anda di tempat lain.

Ketahui juga ada acara terbesar di Samarahan pada bulan November ini. Peniaga makanan, mungkin boleh cuba daftar untuk Festival Makanan dan Kebudayaan di Samarahan. Lihat pautan di bawah: