
Tular di TikTok perkongsian seorang wanita yang berpisah dengan suami gara-gara orang ketiga. Dalam perkongsian itu, wanita dikenali sebagai Syidah Tat mendedahkan dia sanggup menjalani pembedahan bariatrik demi menurunkan berat badan untuk ikhtiar zuriat.
Tetapi, suami langsung tidak menghargai pengorbanannya dan memilih wanita yang baru tiga bulan dikenali di aplikasi TikTok.
Takut jarum tapi nekad demi zuriat
Dah bariatrik, suami curang
Menurut Syidah, dia telah disahkan ada masalah obstructive sleep apnea (OSA) dan polycystic ovary syndrome (PCOS) yang menyebabkan sukar untuk hamil.
Dia berusaha untuk mengurangkan berat badan demi kesihatan yang lebih baik tetapi siapa sangka suami tiba-tiba berpaling tadah.
Syidah minta untuk dilepaskan tetapi suami enggan menyebabkan Syidah jatuh talak 3 kerana melanggar taklik.
Dia juga disahkan hamil namun gugur tidak lama selepas itu. Walaupun kandungan tidak menjadi, Syidah bersyukur kerana Allah SWT memberinya peluang untuk merasai ‘garis dua’ bukti bahawa dia sebenarnya boleh mengandung.
The post Sanggup Buat Bariatrik Demi Dapatkan Zuriat Lepas 3 Tahun Kahwin, Suami Boleh Pula Curang – “Dia Kata Dia Sayang Betina Tu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



