Wanita berang tokong mahu dirobohkan, ugut nak hubungi Perdana Menteri

29 Apr 2024 • 12:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita berang tokong mahu dirobohkan dan mengugut penguatkuasa dia akan menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu perkongsian di X @MalaysiaViral, satu video telah dimuat naik memaparkan wanita yang sedang berdiri di hadapan tokongnya untuk menghalang ia dirobohkan.

Wanita berang tokong mahu dirobohkan

Tidak cukup dengan itu, wanita itu turut menahan bahagian baldi atau ‘bucket’ jengkaut tersebut agar penguat kuasa tidak dapat meneruskan proses perobohan.

“Kenapa kamu nak buat hal? Kamu yang salah undang-undang, bukan saya, tahu tak?” katanya.

Selain itu, wanita itu juga berkata pihak berkuasa tidak mempunyai surat yang memaklumkan tentang perobohan tokong itu.

“Takde surat, macam mana nak robohkan?” ujarnya.

Mahu call PM, wanita berang tokong mahu dirobohkan

image is not available

Namun apa yang lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa dia mempunyai nombor telefon perdana menteri dan akan menghubungi Anwar sekiranya penguatkuasa tersebut berkeras mahu merobohkan tokong itu.

“Kalau kamu robohkan, saya akan telefon perdana menteri. Kamu bagi saya lima minit, saya call perdana menteri sekarang,” katanya.

image is not available

Pemandu kepada jentolak itu pula menggerakkan sedikit baldinya sehingga membuatkan wanita itu menjerit mahu dia berhenti.

“Kami tak ada haram. Kenapa kamu semua buat macam ni?! Kenapa Melayu nak hina Cina di Malaysia?! Kenapa?!” jeritnya.

Wanita itu kemudian didekati dengan seorang penguatkuasa yang memujuknya dan meminta wanita tersebut untuk bersabar.

Pada masa yang sama, wanita itu meminta surat notis daripada penguatkuasa itu yang menyatakan bahawa pihak PBT diarahkan untuk merobohkan tokong tersebut.

Wanita berang tokong mahu dirobohkan sampai nak call PM

image is not available

Wanita itu kemudian berkata, dia tidak menyalahkan penguatkuasa namun bengang dengan bekas ADUN di kawasan tersebut disamping memintanya untuk menerima hakikat dia sudah kalah.

“Saya tak salahkan kamu semua, kamu tak salah. Salah kamu lah, bekas YB ADUN sini. Dia yang buat kacau sini. Dia YB siapa? Sudah kalah.

“Saya mau telefon Anwar,” ujarnya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu yang menghalang penguatkuasa tempatan daripada menjalankan tugas mereka.

Ini takde kaitan dengan bangsa atau agama

image is not available

Kalau salah di sisi undang-undang, robohkan je

image is not available

Wanita berang tokong mahu dirobohkan, anggota tu jalankan tugas je!

image is not available

Salahkan yang ‘brainwashed’ dorang ni

image is not available

Jangan biarkan dorang ni

image is not available

Sikit-sikit salah Melayu

image is not available

Ada juga warganet yang mendakwa surat perobohan sudah lama diberikan namun tiada tindakan diambil daripada individu yang membina tokong itu.

Dia ni sengaja nak timbulkan isu

image is not available

Dalam pada itu, terdapat warga maya yang meminta agar tindakan undang-undang diambil keatas wanita ini kerana bukan sahaja menghalang tugas penguatkuasa, namun telah membuat tuduhan jahat terhadap bangsa lain.

Tangkap, dia dah guna salah satu dari 3R

image is not available

Polis tangkap dia, halang kerja PBT

image is not available

Jangan jadikan ni isu perkauman

image is not available

Kerajaan tak nak ambik tindakan lepas dia buat tuduhan jahat?

image is not available

Haih, geram pula bila dia terjerit-jerit dalam video tu…..

Sumber: X @MalaysiaViral