Sanggup cederakan diri, lelaki menangis kekasih tak layan permintaan ‘nafsu’

17 Jul 2023 • 10:09 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di platform Twitter mengenai seorang lelaki dipercayai menangis akibat kekasihnya (pada ketika itu) enggan melayan permintaan nafsu serakah setelah melakukan segalanya demi wanita terbabit.

Pukul perempuan sebab tak nak layan ‘nafsu’

Pendedahan itu dibuat oleh rakan wanita berkenaan dengan mengatakan lelaki terbabit merupakan individu terlibat dengan kejadian pukul seorang wanita di dalam sebuah kereta disebabkan enggan ‘bersama’.

“Apa lagi you.. apa lagi you, tak cukup RM1,000… you nak makan awal, I bagi makan awal. Apa lagi? I minta tolong sikit je weh,”ujarnya sambil mengesat air mata jantan.

image is not available

Kerap minta dan paksa kekasih layan ‘nafsu’ punca putus hubungan

Rakan kepada mangsa dikenali Amin Afifi mendedahkan wanita berkenaan memutuskan hubungan dengan lelaki terbabit disebabkan tidak tahan melayan permintaan pelik setelah sepuluh bulan bersama.

“Dia (mangsa) bersama lelaki ini selama sepuluh bulan dan ya sebelum mereka putus hubungan, lelaki ini kerap meminta melakukan perkara seksual. Dan, apabila perempuan itu tidak mahu, lelaki terbabit akan memukulnya,”ciapnya dalam bebenang di Twitter.

image is not available

Pukul dan jerut leher sebab tak nak layan

Dedahnya lagi, lelaki terbabit tergamak menjerut leher dan memukul kekasihnya gara-gara enggan memuaskan nafsu serakahnya, selain kerap ‘check in’ berdua.

image is not available

Family pun tak pernah sentuh, cederakan anak sendiri

Apa yang membuatkan ramai berang adalah sikap lelaki berkenaan yang dikatakan ‘psiko’ selain bertindak mencederakan diri sendiri juga kerana kekasihnya enggan ‘menyerahkan’ diri.

image is not available

Sementara itu, rakan mangsa mendedahkan keluarga wanita terbabit tidak pernah sekalipun ‘sentuh’ anak mereka sehingga mendatangkan kecederaan seperti mana dilakukan oleh lelaki tersebut.

“Keluarga dia pun tak pernah sentuh (pukul) dia, berani-berani kau sentuh anak orang, hilang akal mamat ni.
“Ini adalah lebam kawan saya kena, kawan saya tak pernah jatuh cinta dalam sebarang hubungan, tetapi ini pengalaman kali pertama, nasib tak baik, kena hadap jantan psycopath,”luahnya.

image is not available

Buat laporan polis, kena tahan reman 4 hari

Dalam perkembangan lain, mangsa dikatakan telah membuat laporan polis terhadap bekas teman lelakinya atas perbuatan tersebut, namun hanya ditahan reman selama empat hari berserta bayaran denda sebelum dibebaskan.

image is not available

Dikesempatan itu, Amin Afifi sempat menitipkan pesanan dan nasihat buat para wanita di luar sana agar lebih berhati-hati sewaktu mengenali mana-mana lelaki yang dilihat baik budi pekerti.

image is not available

image is not available

Kawan sampai trauma

image is not available image is not available

Sumber: Twitter @itsaminafif