
Baru-baru ini telah tular di Twitter sebuah ciapan mengenai seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah bebas yang berkongsi sebuah kisah apabila dia diganggu oleh seorang wanita ‘delusional’ hampir setiap hari menerusi media sosial serta di tempat kerjanya sejak dua tahun lalu.
Menerusi ciapan tersebut, Fakhri Fadzli mendedahkan wanita berkenaan sanggup menghantar hadiah yang dipos terus ke pejabat ustaz tersebut dan dia juga sanggup menunggu berjam-jam di pejabat Fakhri.
Pengalaman kena ‘stalk’?
Saya tak nak malukan awak tapi dah sangat melampau.
KEPADA @Lisaamani11, AINA AMIMI BINTI ABDUL HALIM.
BERHENTI GANGGU HIDUP SAYA. AWAK DAH GANGGU, IKUT, STALK SAYA SEJAK 2021. SEKARANG 2023. DAH 2 TAHUN.
Sampai ke tahap datang ke pejabat dan pos hadiah.
Awak ni delusional. pic.twitter.com/UlMoypK4Qp
— Fakhri (@fakhrifadzli) February 5, 2023
Ciapan yang telah meraih 7.7 juta jumlah bacaan itu bukan sahaja berani mengepos hadiah dan datang ke pejabatnya, malah wanita itu sanggup menampal sebuah ‘poster’ disertakan nombor telefon ayahnya dan meminta Fakhri untuk berjumpa dengan ayahnya.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah, wanita tersebut dikatakan semakin berani apabila dia datang ke pejabat ustaz berkenaan semasa rumah terbuka hari raya dan sanggup menunggu selama 6 jam.

Difahamkan, Fakhri telah menghubungi ayah kepada wanita tersebut dan mendedahkan segala perbuatan anaknya itu.
Menurut Fakhri, apa yang paling menakutkan adalah apabila wanita itu datang ke pejabatnya pada 4 oktober 2022 untuk berjumpa dengannya namun, dikatakan dia berada dalam keadaan agresif kerana tindakannya menghempas pintu di hadapan orang ramai dan berkeras menunggu Fahkri di kawasan staff.
“Sangatlah psycho ye perempuan ni” – Fakhri


“Sangatlah psycho ya perempuan ni,” tulis Fakhri.
Oleh kerana Fakhri risau akan keselamatan dirinya untuk ke mana-mana, dia telah bertindak membuat laporan polis untuk melindungi dirinya dan orang lain kerana dia rasa seperti dia akan sentiasa distalk di media sosial.

Korang boleh baca tweet lanjut dekat SINI. Malah difahamkan, wanita tersebut telah tampil memberi respon kepada Fakhri.
Niat ketika itu memang ingin diamkan saja beri tanpa perlu tahu siapa penghantarnya.
Dan tuan badan pun tidak pula bertanya lebih.
.
Tapi disebabkan setahun yg lepas baru sekarang nak bertanya dari mana dapat detailsnya;Maka saya jawab. https://t.co/ahZvEfeUKM
— Lisa amani (@Lisaamani11) February 5, 2023
Ada netizen kata jadi lelaki pun dah tak selamat dah sekarang…
Baca : Bekas Miss Universe M’sia Dedah Diganggu Lelaki Berjubah Putih, Dakwa Siap Calit ‘Minyak’ Kat Leher!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

