“Sanggup Guna Ilmu Hitam, Niat Untuk Bun*h Anak Sendiri” – Fathia Latiff Petik ‘Ibu’ Siapa Tu?

Family & Parenting
1 Feb 2024 • 10:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Apa kes pula Fathia Latiff ni? Lain macam perkongsian terbaru yang dimuat naik selebriti ini di Instagram. Mana taknya, dia memetik nama ‘ibu’ yang didakwa cuba memecahkan adik beradik dari kecil.

Dalam hantaran tersebut, Fathia meluahkan rasa sedih mendakwa ada ibu yang sanggup menggunakan ilmu hitam dan berniat untuk membunuh anak sendiri.

Bapa pula dikatakan menjadi mangsa keadaan. Tulisnya lagi, ibu cuba meyakinkan diri sakit walaupun sebenarnya tidak.

Fathia Latiff tuduh ibu guna sihir

image is not available

Dakwa Fathia, si ibu sanggup menyalahgunakan kuasa dan darjat sebagai ‘ibu’ hanya kerana mempunyai perasaan dengki kepada anak sendiri.

Tidak pernah merasakan kasih sayang ibu dari kecil. Cuma wang, tekanan dan ketidakadilan orang pada diri membuatkan ibu rasa gembira.

Di akhir hantaran, Fathia berkata, walaupun dia berjalan seorang diri di dunia ini, cukuplah Allah SWT yang ada bersamanya.

Namun, tak dapat dipastikan siapakah yang dimaksudkan Fathia. Diharapkan semuanya baik-baik jer.

image is not available

Di hantaran lain, Fathia memuat naik foto bersama adiknya, Dr Fasiha meluahkan rasa bangga dengan pencapaiannya.

Selebriti ini mengaku adiknya lebih kuat, berdikari dan rajin berbanding dirinya. Selepas beberapa tahun, Allah SWT menganugerahkan adiknya hadiah yang paling bermakna.

Kredit: Instagram Fathia Latiff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.