Sanggup Hantar Pesanan Sampai Ke Puncak Kinabalu, Abang Foodpanda Ini Raih Perhatian Netizen

24 Feb 2023 • 11:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Lain macam betul kat Sabah ni Hebat betul!

Sanggup Hantar Pesanan Sampai Ke Puncak Kinabalu, Abang Foodpanda Ini Raih Perhatian Netizen. Seorang pemandu penghantaran makanan, Foodpanda telah menarik perhatian netizen di media sosial setelah berjaya menghantar pesanan makanan ke Puncak Kinabalu, Sabah.

Puncak Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter di atas paras laut. Kisah ini menjadi tular apabila pelanggan dengan nama Meewa atau Amirah sebagai pemegang akaun telah memuat naik video abang Foodpanda dengan pakaian seragam Foodpanda di puncak Kinabalu di laman Tiktok.

image is not available
Sanggup Hantar Pesanan Sampai Ke Puncak Kinabalu, Abang Foodpanda Ini Raih Perhatian Netizen. Sumber: Tiktok @aameewa

Abang Foodpanda hantar McDonald ke puncak Kinabalu dari Tawau, Sabah

Kongsian video tersebut, Amirah mengucapkan terima kasih kepada abang Foodpanda kerana berjaya menghantar pesanan makanan ke destinasi yang sangat mencabar di dalam kapsyen beliau.

Dalam video itu juga kelihatan abang Foodpanda tersebut bejalan turun dengan pantas setelah menghantar pesanan McD kepada pelanggannya.

Lihat video di bawah:

Susulan video tersebut, Amirah turut menyertakan di ruangan kapsyen untuk mencari pemandu penghantaran makanan tersebut untuk membalas jasa beliau. Setelah video tersebut tular, beliau akhirnya menemukan abang Foodpanda tersebut dan memberikan beliau air Starbucks.

Kongsian video tersebut telah menarik perhatian netizen sekaligus membuat netizen kagum akan keberanian abang Foodpanda tersebut.

image is not available
Sumber: Tiktok @aameewa

Kisah ini telah memperlihatkan kecekapan dan ketangkasan abang Foodpanda dalam menghantar pesanan makanan ke kawasan yang sangat mencabar. Tindakan ini telah menjadi inspirasi kepada ramai orang dan menjadi bukti bahawa tidak ada cabaran yang tidak mampu diatasi apabila seseorang mempunyai tekad dan semangat yang kuat.

image is not available
Sumber: Tiktok @aameewa

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah: