Sanggup hidup semati dengan objek, ini 11 perkahwinan paling rare direkodkan mengejutkan dunia

19 Aug 2024 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DEFINISI perkahwinan adalah perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan sebelum bergelar suami isteri.

Tak kisahlah sama ada ia disambut dengan meriah atau sederhana, apa yang penting mempelai dapat meraikan dengan famili dan kawan tersayang.

Pun begitu, tak sangka pula ada individu yang sanggup hidup semati dengan bukan manusia. Malah pilihan pasangan mereka lebih kepada objek atau tempat. Memang rarelah!

Perkongsian pengguna Instagram, Owanbe_Socialites menarik perhatian ramai apabila berkongsi info menarik tentang perkahwinan paling pelik berlaku di Amerika Syarikat, Paris dan Brazil.

Bukan saja sanggup berkahwin dengan telefon bimbit, malah terdapat wanita sanggup bersumpah setia dengan menara ikonik Paris.

Carian SinarPlus mendapati banyak lagi kes pelik berkaitan resepsi perkahwinan yang pasti membuatkan kalian garu kepala.

Berikut 11 perkahwinan mengejutkan yang pernah direkodkan seluruh dunia:

image is not available

1. Erika Lebrie

- Dikenali sebagai atlet memanah dari Amerika Syarikat yang memeranjatkan ramai orang dengan hasratnya mahu berkahwin dengan Menara Eiffel.

- Wanita berusia 52 tahun itu merealisasikan impiannya pada tahun 2007 dan sebelum ini pada usia 15 tahun, dia pernah dikatakan bercinta dengan sebuah jambatan dan Tembok Berlin.

image is not available

2. Aaron Chervenak

- Lelaki berusia 52 tahun dari Los Angeles, Amerika Syarikat itu mencetuskan fenomena apabila berkahwin dengan telefon pintar.

- Peliknya, pengarah filem tersebut mahu membuktikan tentang hubungan emosi antara manusia dan telefon, selain penat dengan gesaan keluarganya yang mahunya mencari pasangan.

image is not available

3. Pascale Sellick

- Hanya berpakaian baju tidur dan selipar, wanita berusia 54 tahun itu menamatkan zaman bujang dengan duvet pada 2019.

- Jatuh cinta dengan duvet yang dikatakan sangat memahami ketika sedih dan gembira, selain memberikan keselesaan ketika memeluknya. Aduhai!

image is not available

4. Alicia Framis

- Seorang artis seni berkahwin dengan hologram kecerdasan buatan (AI) yang dinamakan sebagai AiLex.

- Wanita tersebut dikatakan tinggal bersama entiti tidak bernyawa tersebut sebagai eksperimentasi tentang cinta dan hubungan.

image is not available

5. Amy Wolfe

- Pada awalnya, Amy Wolfe dari Pennsylvania, Amerika Syarikat merancang untuk berkahwin dengan karpet magic di sebuah taman permainan sebelum jatuh cinta dengan sebuah roller coaster setinggi 80 kaki.

- Roller coaster yang dikenali sebagai 1001 Nachts itu menarik perhatian wanita itu ketika berusia 13 tahun lagi.

image is not available

6. Meirivone Rocha Moraes

- Wanita dari Brazil berusia 39 tahun itu berkahwin dengan ragdoll yang dibuat oleh ibunya sendiri dan turut menghasilkan anak patung hasil perkahwinan ganjil tersebut.

- Katanya, dia jatuh cinta dengan ‘Marcelo’ yang dikenalkan oleh ibunya selepas mengadu tiada pasangan.

image is not available

7. Richard Torres

- Seorang aktivis alam sekitar dari Peru menjadikan sebatang pokok sebagai isterinya.

- Perkahwinan pokok yang terletak di Taman Negara Bogota, Columbia itu sebagai simbolik kepada usahanya untuk memelihara hutan.

image is not available

8. Carol Santa

- Satu lagi kisah seorang wanita yang berkahwin dengan stesen kereta api selepas mencintainya selama lebih 36 tahun.

- Carol Santa berusia 52 tahun itu dikatakan jatuh cinta dengan Stesen Kereta Api Santa Fe di California sejak berusia sembilan tahun.

image is not available

9. Joachim A

- Lelaki berusia 47 tahun yang sangat obses dengan teknikal dan kejuruteraan sanggup berkahwin dengan sebuah enjin kereta api pada tahun 2022.

- Tak kisah dengan pandangan orang kerana mekanik itu percaya ‘apabila kita cintakan kerja, kerja juga akan mencintai kita’.

image is not available

10. Eija-Riitta Berliner-Mauer

- Wanita pelik yang dikatakan mengalami sindrom Objectum-Sexuality dikatakan berkahwin dengan Tembok Berlin pada tahun 1979.

- Dia dikatakan jatuh cinta dengan struktur itu ketika melihatnya buat pertama kali di televisyen pada umur tujuh tahun.

image is not available

11. Sal9000

- Seorang pemain video yang sangat fanatik dengan permainan online sanggup berkahwin dengan karakter Nene Anegasaki yang popular dalam game Love Plus.

- Bukan saja sanggup mengadakan majlis perkahwinan, lelaki itu juga membuat live kepada orang ramai.

Aduhai, pelik betul selera orang sana ya? Harap di Malaysia tiadalah kes sedemikian. Apapun kalau obses sangat, janganlah sampai berkahwin, kan?