Sangka rumah kosong, terkejut ada mangsa

8 Jul 2026 • 3:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sangka rumah kosong, terkejut ada mangsa
Seorang lelaki warga emas OKU ditemukan maut dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Sri Mahkota Jaya pada Rabu.
Image from: Sangka rumah kosong, terkejut ada mangsa
Mohamad Azrizal

KUANTAN – “Kalau kita tahu ada orang dalam rumah, mungkin kita boleh panggil penduduk untuk bantu.”

Demikian kata saksi yang juga anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mohamad Azrizal Yusop, 36, selepas tidak menyangka terdapat mangsa di dalam sebuah rumah teres yang terbakar di Taman Sri Mahkota Jaya di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemukan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah berkenaan oleh pasukan bomba.

**media[3575467]**

Menurut Mohamad Azrizal, kejadian itu disedari selepas menerima makluman daripada jiran mengenai sebuah rumah mengeluarkan asap, manakala pemilik rumah keluar ke klinik.

“Saya tidak tahu di dalam (rumah) ini ada mangsa. Jadi, saya tunggulah sampai bomba datang, buat pengesahan apa semualah,” katanya ketika di lokasi kejadian pada Rabu.

Bercerita lanjut, Mohamad Azrizal berkata, sebaik menerima maklumat mengenai kebakaran itu, dia bergegas ke rumah berkenaan untuk meninjau keadaan sebelum mendapati asap tebal keluar dari bahagian belakang kediaman.

“Mula-mula saya pergi ke depan rumah, saya tengok tak ada asap. Kemudian saya pusing pergi belakang, saya tengok asap tebal keluar melalui tingkap dapur, namun tidak mendengar sebarang suara jeritan atau meminta tolong.

“Saya segera menghubungi bomba dan terkejut apabila mendapat berita ada mangsa yang terlibat selepas kebakaran berjaya dipadamkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: OKU maut dalam kebakaran, ditemukan terduduk atas katil 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved