Santai Bersama Keluarga, Nikmati Percutian Unik Dan Indah Di Melano Cottage Sematan

18 Jun 2023 • 6:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port bercuti baharu di Sematan

Santai Bersama Keluarga, Nikmati Percutian Unik Dan Indah Di Melano Cottage Sematan. Inginkan short escape daripada suasana bandar yang sesak? Jangan risau, kali ini kami jumpa satu lagi port percutian indah, tenang dan damai buat anda sekeluarga.

Terletak di Kampung Telok Melano, Melano Cottage Sematan ini menawarkan percutian unik di dalam rumah inap selesa yang berhadapan dengan pantai luas memukau.

image is not available
Santai Bersama Keluarga, Nikmati Percutian Unik Dan Indah Di Melano Cottage Sematan. Kredit gambar: FB Melano Cottage

image is not available
Kredit gambar: FB Melano Cottage

Penginapan sesuai untuk keluarga

Sesuai untuk penginapan bersama seisi keluarga, harga Cottage di sini bermula daripada RM 350 semalam. Small Cottage boleh memuatkan 4 hingga 6 orang, dilengkapi dengan 2 katil bersaiz queen, penghawa dingin, peti ais dan tempat bbq, ruang dapur.

Untuk Big Cottage pula, ia dilengkapi 3 katil bersaiz queen penghawa dingin, peti ais, tempat bbq, ruang dapur dan boleh memuatkan 6 hingga 8 orang. Bagi yang ingin melakukan aktiviti BBQ, anda disarankan untuk membawa kelengkapan sendiri seperti stove, arang dan lain-lain.

image is not available
Kredit gambar: FB Mohammad Gadafi Mas

image is not available
Kredit gambar: FB Melano Cottage

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan

Selain itu, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti Kayak, Snorkeling, Mandi manda di pantai, Trekking ke Tanjung Datu dan banyak lagi.

Jika anda inginkan percutian tenang yang tak jauh daripada Pusat Bandaraya Kuching, anda boleh singgah di Melano Cottage di Kampung Telok Melano Sematan ini.

Lagi tempat percutian menarik untuk anda di sini: