Santai Di Posisi, “Engineer” Steady Masak Rendang Curi Tumpuan 

FoodCooking
11 Jun 2025 • 12:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Santai Di Posisi, “Engineer” Steady Masak Rendang Curi Tumpuan

Sebut saja “rendang”, mesti ramai yang terus terbayang aroma rempahnya yang menggoda, kuahnya yang pekat berkilat dan rasa lemak pedas yang cukup sempurna.

Bukan sahaja menjadi kegemaran rakyat Malaysia, rendang juga cukup popular di negara jiran seperti Indonesia.

Malah, ia dianggap antara hidangan tradisional yang cukup ikonik di rantau ini.

Macam yang kita tahu, rendang biasanya menjadi sajian utama sewaktu musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.

Tapi, tak dinafikan ada juga yang sanggup menyediakannya sebagai hidangan harian kerana rasanya yang tiada tandingan.

Memang diakui, proses memasak rendang agak rumit dan mengambil masa, dengan pelbagai jenis rempah ratus dan bahan perlu disediakan. Biasanya boleh berjam-jam jugalah terperap dekat dapur.

Masak rendang gaya “engineer”, guna otak bukan guna tenaga

Tapi, baru-baru ini tular satu video yang dikongsi oleh seorang wanita menerusi TikTok @raniebokslag, telah menarik perhatian ramai.

Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki dipercayai merupakan ayahnya yang juga seorang “engineer”, sedang memasak rendang dengan gaya yang sangat santai.

Bayangkan, si ayah hanya duduk bersahaja di atas kerusi, tanpa perlu mengacau rendang di atas dapur. Tapi, rendangnya terlihat tergaul dengan sempurna dalam kuali.

Rupanya, si ayah mencipta sendiri alat pengaduk automatik khas untuk mengacau rendang di atas kuali.

“Technologia”

Menjengah ke ruangan komen, gelagat si ayah bukan sahaja mengundang tawa, malah membuatkan ramai warga maya ‘terpegun’.

“Otw cari calon suami engineer,”

Engineer suh depa buat kek dengan biskut, betul-betul ikut sukatan dengan teknik, jarang gagal,”

“Saya sebagai elektromedik engineer tepuk tangan melihat ini,”