Loonaq Records Curi Perhatian Ramai, Liza Abdullah & Ziela Jalil Muncul Dalam MV Nasyid Terbaru

EntertainmentMusic
6 Jun 2025 • 3:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Loonaq Records mencuri perhatian ramai apabila mereka memuat naik sebuah klip pendek muzik video di TikTok yang menampilkan wajah-wajah yang cukup dikenali ramai.

Dalam video tersebut, kelihatan pelakon hebat Liza Abdullah, Datuk Ziela Jalil, dan juga penyanyi Royce Sa’ayan membawakan lagu nasyid berjudul Wabasyirin Shobiriin.

Difahamkan, muzik video penuh dijangka dilancarkan hari ini, namun waktu sebenar tayangan serta ketersediaan lagu itu di platform digital masih belum diumumkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tak sabar untuk mendengar versi penuh lagu tersebut. Malah, ada yang teruja melihat Liza Abdullah kembali menyerlahkan bakat nyanyiannya yang selama ini kurang diketengahkan berbanding lakonannya.

image is not available

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 weeks ago

"Jenuh Berlatih Goyang Bahu" - Gelagat Kumpulan Nasyid Inteam 'Join' Trend TikTok Buat Netizen Geli Hati