Santai Tanpa Protokol! PMX Bawa Presiden Perancis Jalan-jalan Ke Pasar Seni

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

anwar macron

Siapa sangka di tengah-tengah kesibukan kawasan tumpuan pelancong di ibu kota, orang ramai berpeluang melihat sendiri dua pemimpin negara bersiar-siar secara santai tanpa sebarang protokol.

Menerusi satu perkongsian tular di aplikasi Threads oleh pengguna dikenali sebagai @jasonyew_, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dilihat meluangkan masa bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron berjalan-jalan di sekitar Pasar Seni dan Petaling Street.

Menurut perkongsian tersebut, kedua-dua pemimpin itu menghabiskan masa kira-kira 30 minit meninjau suasana sekitar kawasan warisan terkenal di Kuala Lumpur itu.

“Diplomasi bukan sekadar di meja rundingan, tetapi turut mendekati kehidupan dan budaya rakyat.”

Dalam beberapa klip video dan foto yang dimuat naik, kedua-dua pemimpin dilihat tampil kasual tetapi masih kemas dengan hanya memakai kemeja putih berlengan panjang dan bertali leher tanpa sut lengkap.

Macron juga kelihatan tersenyum lebar sambil berbual mesra ketika berjalan beriringan dengan Anwar. Walaupun tampil dalam suasana santai dan mesra rakyat, aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan.

Kelihatan sepasukan pengawal peribadi serta anggota unit taktikal lengkap bertopeng dan memakai ves kalis peluru mengawal ketat pergerakan kedua-dua tokoh berkenaan sepanjang lawatan singkat itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat pendekatan diplomasi yang lebih dekat dengan budaya tempatan sebegini.

Ramai yang memuji inisiatif memperkenalkan keunikan lokasi ikonik Kuala Lumpur kepada pemimpin dunia secara lebih semula jadi dan bersahaja.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved