Santapan Waktu Petang, Ini Lokasi Lemang Yang Anda Boleh Kunjungi Di Sekitar Kuching

24 Oct 2022 • 4:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Raya belum tiba, tapi mencari lemang

Santapan Waktu Petang, Ini Lokasi Lemang Yang Anda Boleh Kunjungi Di Sekitar Kuching. Setiap tahun, tidak kiralah sewaktu sambutan perayaan raya ataupun hari-hari biasa pasti ada yang teringin untuk menyantap lemang.

Namun, semua penjual lemang pasti akan muncul sebelum raya dan hanya segelintir sahaja boleh didapati pada hari biasa.

Jadi, anda tidak perlu risau lagi kerana berikut adalah senarai penjual lemang yang anda boleh kunjungi di sekitar Kuching.

image is not available
Santapan Waktu Petang, Ini Lokasi Lemang Yang Anda Boleh Kunjungi Di Sekitar Kuching

Lemang paling ‘top’ di Kuching

Di Kuching, rata-rata ramai juga yang menjual lemang dan pelbagai jenis variasi lemang yang ada misalnya dalam buluh dan juga dibalut dengan daun iaitu lemang betawi.

image is not available
Lemang House. Kredit foto: FB Allen Tan

Lemang House

Terletak di Kampung Temenggong, Lemang House merupakan pilihan utama bagi penduduk di kawasan ini kerana nasi dan bau lemangnya yang lembut dan juga wangi seakan bau pandan.

Waktu beroperasi: 9am – 7pm, Setiap hari

Alamat: Q122, Kampung Temenggong, 93050 Kuching, Sarawak

Hubungi: 019-259 8627

image is not available
Lemang Saiful. Kredit foto: FB Siti Aishah Intan Hajemi

Lemang Saiful

Lemang Saiful asalah salah satu tempat kegemaran pelancong jika bertandang ke Kuching untuk beli lemang.

Terletak di Medan Niaga Satok, apa yang istimewanya lemang mereka kerana menggunakan daun pisang dan bukannya buluh. Lebih tepat lagi, lemang yang dijual dinamakan lemang betawi kerana mempunyai inti ayam dan juga daging.

Alamat: Medan Niaga Satok, 93050 Kuching, Sarawak

Hubungi: 011-26196017

image is not available
Lemang Wak Kpg Matang. Kredit foto: FB Aafiyahumaira Nur

Lemang Wak Kpg Matang

Keistimewaan Lemang Wak Kpg Matang ini adalah anda boleh merasai lemang asli hasil air tangan Wak yang membakarnya. Lemang mereka juga dijual diantara RM10 hingga RM15.

Waktu beroperasi: 8am – 5:30pm, Setiap hari

Alamat: No. 288, Jalan Matang & Batu 9 1/2, Matang Land District, 93050 Kuching, Sarawak

Hubungi: 011-1518 5029

image is not available
Lemang Pandan. Kredit foto: YT Utusan Borneo Online

Lemang Pandan

Lemang Pandan yang terletak di Batu,10 Kampung Matang ini menyajikan lemang berinti dagin dan ayam.

Apa yang istimewanya di sini, lemang yang diusahakan oleh Pak Jamal menjadi antara pilihan ramai kerana keenakan lemang pandan yang dihasilkannya.

Alamat: No. 235A, Jalan Matang & Batu 9, Matang Land District, 93050 Kuching, Sarawak

Hubungi:  013-567 4448

Lagi tempat makan menarik di sekitar Kuching, baca di sini: