Santuni keluarga kakitangan meninggal dunia, LZS serah sumbangan dan insuran

13 Sep 2022 • 1:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyantuni keluarga kakitangannya Allahyarham Mohd Syahirul Anuarr Razali, yang meninggal dunia dalam kemalangan, bulan lalu.

Agensi itu memaklumkan kehadiran pihaknya bersama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di rumah Allahyarham di sini disambut balu Allahyarham dan dua anaknya.

“Setelah tiga minggu menguruskan segala perihal berkaitan sumbangan dan tuntutan insuran, hari ini wakil LZS, Perkeso dan YIDE hadir menziarahi keluarga Allahyarham.

“Linangan airmata kelihatan tatkala sumbangan diserahkan kepada isteri arwah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, Mohd Syahirul yang berkhidmat sebagai amil zakat maut ketika ingin menunaikan solat Jumaat selepas dilanggar motosikal di Persiaran Akuatik, Seksyen 13 di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved