Sanusi Bakal Didakwa, Puluhan Polis Bersenjata Kawal Mahkamah Selayang

18 Jul 2023 • 9:35 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah ditahan oleh pihak berkuasa pada jam tiga pagi tadi untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Difahamkan, Sanusi bakal didakwa di dua mahkamah berasingan berhubung dengan kenyataannya baru-baru ini telah berjaya mendapat perhatian ramai.

image is not available

image is not available

Menerusi laporan Berita Harian, pemimpin tersebut bakal berdepan dengan dua pertuduhan yang akan dibaca di dua mahkamah berasingan, di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

Difahamkan, Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Sehingga kini, lokasi di perkarangan mahkamah telah dipenuhi oleh petugas media dan dikawal ketat oleh puluhan anggota polis bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

image is not available

Sumber gambar: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminuralif Mohd Zoki, Hisyamudin Ayub, Norazlida Alimin)