Sanusi cuba AI ‘saja try’ untuk belajaq cari followers

4 Feb 2024 • 10:22 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Ketika teknologi kecerdasan buatan (AI) hangat diperkatakan, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak ketinggalan untuk mencubanya.

Menteri Besar Kedah itu memuatnaik gambar-gambar yang menggunakan kaedah AI di media sosialnya, dengan imej sado dan umpama seorang model dengan pelbagai gaya.

“Kita baru nak mula belajaq cari followers, depa dah mula main AI.

“Tak laghat (larat) kita nak ligan (kejar). Dunia la ni bergerak dengan begitu laju.
Saja try,’’ demikian tulisnya

image is not available
Pelbagai 'watak AI' dicuba dan dimuatnaik oleh Muhammad Sanusi Md Nor dalam media sosial. - Gambar Facebook Muhammad Sanusi Md Nor, 4 Februari, 2024

Hantarannya itu mendapat perhatian daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang ‘berbeza’ berbanding hantarannya di Facebook sebelum ini di mana Sanusi banyak menyentuh mengenai pentadbirannya di Kedah.

Ramai yang memuji dan bergurau dengannya.

image is not available
Menteri Besar Kedah itu turut mencuba untuk menjadi 'Abang Bomba'. - Gambar Facebook Muhammad Sanusi Md Nor, 4 Februari, 2024

“Cair awek-awek KL macam ni YB,’’ kata Mohd Azman Hussin.

“Padu," demikian puji Mohd Hasrol

"Peh lain macam," tulis Shahid. – 4 Februari, 2024