Sapura Industrial, Shanghai Auto Electric Drive bekerjasama fokus perkasa teknologi EV tempatan

LocalTechnology
3 Oct 2025 • 6:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sapura Industrial, Shanghai Auto Electric Drive bekerjasama fokus perkasa teknologi EV tempatan

image is not available

03/10/2025 - 18:05

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Okt - Sapura Industrial Berhad menjalinkan kerjasama dengan Shanghai Auto Electric Drive Co Ltd (SHedrive) bagi meneroka peluang kerjasama bagi menyokong pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan.

Kumpulan itu berkata, kerjasama itu menyediakan platform untuk kedua-dua pihak menilai dan merundingkan terma yang dicadangkan dengan jangkaan memanfaatkan kepakaran masing-masing dalam pemasangan sistem pacuan elektrik (EDS).

"Bidang utama kerjasama yang dicadangkan merangkumi pemindahan teknologi, pembuatan dan pemasangan tempatan, pembangunan rantaian bekalan, penyesuaian produk serta pembangunan bakat dan latihan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Katanya, jalinan kerjasama itu hanya mencerminkan niat bersama kedua-dua pihak untuk meneroka dan memformalkan kerjasama berkenaan.

Ia tidak mewujudkan sebarang hak atau obligasi yang mengikat secara undang-undang kepada mana-mana pihak.

Terma terperinci berhubung cadangan kerjasama tersebut akan ditetapkan dalam perjanjian muktamad yang akan dimeterai kemudian.

Kerjasama itu berkuat kuasa mulai tarikh ia dimeterai dan akan kekal selama satu tahun, kecuali ditamatkan lebih awal oleh mana-mana pihak.

Sapura Industrial menegaskan pelaksanaan MoU ini tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan. - DagangNews.com

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved