Sapura, NACSA jalin kerjasama tingkatkan keselamatan siber negara

10 Jul 2023 • 3:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sapura, NACSA jalin kerjasama tingkatkan keselamatan siber negara

zulfadli

10/07/2023 - 15:51

KUALA LUMPUR 10 Julai - Kumpulan Sapura menerusi anak syarikatnya, Velum Labs Sdn Bhd dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) perjanjian kerjasama untuk risikan siber dan model pelaksanaan untuk mengukuhkan, mempromosi dan membangunkan keupayaan siber negara secara strategik.

Velum Labs berkata, pemeteraian MoU itu mengiktiraf keunggulan keupayaan Malaysia yang terbukti dalam industri kritikal seperti keselamatan siber.

"Velum Labs benar-benar berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi NACSA dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam peranan mereka sebagai agensi peneraju bagi memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber," katanya dalam kenyataan media di sini.

Terdahulu, majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang diadakan bersempena dengan pelancaran Pameran & Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber 2023 (CYDES).

Menurut Velum Labs, matlamat akhir pihaknya adalah untuk merevolusikan keselamatan siber sebagai keluaran ekonomi teras Malaysia dalam era digital melalui pelaburan dalaman bagi latihan yang dipertingkatkan dan mempunyai alat terbaik untuk bersaing dengan pesaing antarabangsa.

Katanya, perkongsian bersama antarabangsa lain dengan Velum Labs seterusnya menunjukkan Malaysia kini diiktiraf sebagai penyedia utama untuk perisikan siber dengan jangkaan pertumbuhan yang ketara dalam bidang ini dalam kedua-dua pasaran ASEAN dan antarabangsa.

image is not available
Ketua Pegawai Eksekutif Velum Labs, Rizman Merican (kanan) dan pemangku Ketua Eksekutif NACSA, Shariffah Rashidah Syed Othman (kiri) menandatangani MoU antara Velum Labs dan NACSA sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah MKN, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin (belakang, kiri) dan Tan Sri Shahril Shamsuddin (belakang, kanan).

"Menyedari kepentingan pembangunan modal insan khususnya dalam sektor khusus seperti keselamatan siber, Velum Labs dan Sapura juga merupakan penaja utama permainan siber Capture the Flag yang akan diadakan di CYDES 2023.

"Pertandingan siber peringkat kebangsaan ini akan menyaksikan 10 pasukan terdiri daripada empat daripada 10 universiti tempatan bersaing untuk mewakili Malaysia pada temasya CyberSEA akan datang di Bangkok Thailand pada akhir tahun ini," katanya.

image is not available

Velum Labs, yang diasaskan oleh Tan Sri Shahril Shamsuddin merupakan pempamer terbesar di CYDES 2023, mempersembahkan keupayaan perisikan siber Tahap-1 buatan sendiri yang dibina dan dikendalikan oleh penganalisis siber tempatan, saintis data dan arkitek perisian.

CYDES 2023, anjuran MKN, NACSA dan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd bertujuan untuk menghimpunkan pemegang kepentingan yang berkaitan untuk membentuk agenda keselamatan siber Malaysia.

Maklumat lanjut tentang Velum Labs dan penyelesaian risikan siber dan keselamatan sibernya gboleh diperoleh di www.velumlabs.com. - DagangNews.com