SARA MyKad RM100: Cara Guna, Lokasi Pembelian & Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli

LocalPersonal Finance
23 Jul 2025 • 3:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

SARA MyKad RM100: Cara Guna, Lokasi Pembelian & Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli

Dalam suasana ekonomi yang kian mencabar, sebarang bentuk bantuan kewangan pastinya amat dinantikan rakyat. Ini terutamanya golongan dewasa yang terpaksa mengurus pelbagai komitmen hidup.

Justeru, pengumuman terkini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sememangnya membawa sinar harapan dan kegembiraan kepada ramai.

Hari ini, beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM100 kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas, yang akan disalurkan terus melalui MyKad di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Walaupun jumlahnya mungkin kelihatan kecil, namun dalam keadaan harga barangan harian yang semakin meningkat, bantuan RM100 ini mampu memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat, sama ada untuk membeli barangan keperluan atau menampung perbelanjaan dapur.

Lebih menarik, bantuan ini tidak perlu ditebus secara tunai atau melalui permohonan rumit. Ia dimasukkan terus ke dalam sistem MyKad, menjadikannya lebih mudah, cepat dan selamat digunakan.

Persoalannya, di mana sebenarnya kita boleh menggunakan SARA MyKad?

Untuk mengetahui lokasi premis yang menerima SARA MyKad, anda boleh melayari pautan yang disediakan. Hanya perlu:

1. Masukkan nama bandar atau negeri pilihan anda.

2. Tekan butang “CARI”.

3. Senarai kedai yang terlibat akan dipaparkan berdasarkan kawasan yang anda pilih.

Jadi, macam mana untuk menggunakan SARA MyKad ini?

Menurut perkongsian video oleh MyKasih Foundation, langkah-langkahnya amat mudah. Berikut adalah panduan ringkas untuk membuat pembelian menggunakan SARA MyKad:

Langkah 1: Pilih Barangan Keperluan

Pilih barangan daripada 13 kategori yang diluluskan, yang ditandai dengan label MyKasih di rak tanda harga:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Telur
  • Makanan dalam tin
  • Biskut
  • Minuman
  • Tepung
  • Roti
  • Bahan perasa
  • Mee segera
  • Barangan sekolah
  • Produk kebersihan diri
  • Ubat-ubatan

Anda juga boleh menyemak baki bantuan, senarai barangan yang layak dibeli, serta lokasi kedai berhampiranmenerusi aplikasi MyKasih.

Gunakan fungsi imbas kod bar dalam aplikasi untuk memastikan barangan yang dipilih adalah layak dibeli di bawah SARA MyKad.

Langkah 2: Tunjukkan MyKad di Kaunter

Serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk tujuan pengesahan sebelum membuat pembayaran.

Langkah 3: Tukar Nombor PIN

Tukar nombor PIN sementara anda (iaitu 6 digit pertama nombor MyKad) kepada nombor PIN baharu untuk tujuan keselamatan.

Langkah 4: Pengimbasan Kod Barangan

Juruwang akan mengimbas kod bar bagi semua barangan yang dipilih.

Langkah 5: Buat Pembayaran Guna MyKad

Masukkan nombor PIN 6-digit anda untuk mengesahkan transaksi pembelian. Pembayaran akan ditolak daripada jumlah bantuan SARA anda secara automatik.

Langkah 6: Simpan Resit Pembelian

Pastikan anda menyimpan resit sebagai rujukan atau untuk semakan semula jika perlu.