Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan program Sumbangan Asas Rahmah untuk tahun ini akan dikreditkan ke akaun semua warganegara berusia 18 tahun dan ke atas, bermula 9 Februari 2026 ini. Seperti sebelum ini, ia akan menawarkan kredit sebanyak RM100.
Pemberian ini adalah ketika musim perayaan, selari persiapan Ramadan dan Tahun Baru Cina.

Ini kali kedua program ini dilaksanakan, selepas program pertama berakhir pada 31 Disember 2025 lepas. Pengguna seperti biasa boleh menyemak kredit baki melalui laman SARA dan juga aplikasi seperti TNG eWallet. Barangan yang boleh dibeli melalui kredit ini adalah termasuk barang isi rumah dan keperluan harian.



