SST Perkhidmatan Sewaan Turun Kepada 6 Peratus – MoF

LocalBusiness & Finance
5 Jan 2026 • 9:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

SST Perkhidmatan Sewaan Turun Kepada 6 Peratus – MoF

PUTRAJAYA — Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa penambahbaikan dasar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2026 termasuk penurunan kadar cukai perkhidmatan ke atas sewaan atau pajakan daripada lapan peratus kepada enam peratus untuk menyokong pertumbuhan industri.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan menerusi satu kenyataan rasmi.

Pertama, Cukai Perkhidmatan ke atas perkhidmatan sewaan atau pajakan ditambah baik bagi memanfaatkan industri mulai 1 Januari 2026

“Antaranya Kadar sedia ada 8 peratus diturunkan kepada 6 peratus; Had jualan tahunan penyewa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang dikecualikan daripada membayar Cukai Perkhidmatan dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM1.5 juta; dan PMKS yang baru menubuhkan perniagaan diberi pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan sewaan atau pajakan bagi tempoh 1 tahun mulai dari tarikh pendaftaran PMKS tersebut.

Kedua, Cukai Jualan ke atas bahan mentah atau input yang kritikal dan digunakan oleh pengilang berdaftar diberi pengecualian mulai 1 Januari 2026.

“Layanan ini bertujuan mengawal harga barangan keperluan asas kepada majoriti Rakyat. Pengecualian ini meliputi pengeluaran barangan penternakan dan pertanian.

“Antaranya makanan ternakan; baja; dan racun perosak,” makum kenyataan itu.

Yang ketiga, Anwar berkata, Cukai Perkhidmatan bagi pertanjian pembinaan yang ditandatangani sebelum 1 Julai 2025 dan tidak mempunyai reviewable clause yang telah dikecualikan mulai 1 Julai 2025 sehingga 30 Jun 2026 diberi pelanjutan setahun sehingga 30 Jun 2027.

“Dengan ini, perjanjian perkhidmatan pernbinaan yang telah ditandatangani sebelum peluasan SST dapat menikmati pengecualian ke atas Cukai Perkhidmatan selama 2 tahun.

Keempat, Cukai Perkhidmatan ke atas perkhidniatan pembinaan bangunan ibadat seperti surau, masjid, kuil, gereja dan tokong yang bersifat keagamaan dan kerohanian diberi pengecualian mulai 1 Julai 2025.

“Maka pembinaan bangunan ibadat tidak tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan ke atas pembinaan,” maklum kenyataan itu.

https://web.facebook.com/KemKewangan/posts/pfbid0iKYeStGtmPG9acwiKoy9mULHBeVdmQK7W9pQQYQTMFhNB1w8pRfth9zXuZc3FATil

Sumber: Kementerian Kewangan 

 

The post SST Perkhidmatan Sewaan Turun Kepada 6 Peratus – MoF appeared first on Siakap Keli.