
PELAKON wanita, Sarah Hildebrand kini terjun ke bidang ketenteraan apabila terpilih menjadi salah seorang kadet Tentera Udara Amerika Syarikat.
Pelakon berdarah campuran Amerika, Jerman dan Melayu itu berkongsi menerusi laman sosial Instagram yang mana dia telah menyertai Tentera Udara AS (US Air Force) dan mengangkat sumpah untuk mula berkhidmat dalam pasukan tersebut.

Menerusi dua hantaran terbaru, Sarah atau Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, memaparkan foto dan video berserta kapsyen pendek yang menyatakan segalanya tidak mustahil dan luahan kesyukuran atas pencapaiannya itu.
“Anything is possible.
“So grateful for so much,” titipnya.
Turut dikongsikan keputusan ujian Armed Services Vocational Aptitude Battery (ASVAB) yang diperolehi.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, warga maya rata-rata mengucapkan tahniah atas perkembangan terbaru Sarah.
-“Tahniah Sarah, Sooo proud of you.”
-“Solid lah you! Awesome.”
-“What a surprise! congratulations Sarah, good luck in future.”
-“Ala kenapa kita nangis tengok. Super proud, congratulations girl.”
-“Strong woman.”
-“All the best untuk kamu, join Air Force tidak mudah.”
View this post on Instagram
April lalu, pelakon dan pengacara kelahiran Kuala Lumpur itu mengumumkan sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air.
Dia memaklumkan tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon mahupun pengacaraan.
Sarah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bernama Otto Gillen pada 3 November 2019.
Sumber: @sarahhildebrand
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
The post Sarah Hildebrand sertai Tentera Udara AS – ‘Anything is possible’ appeared first on Sinar Plus.

