“Anything is possible” – Sarah Hildebrand Kini Sertai Tentera Udara AS

Entertainment
21 Jul 2022 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sarah Hildebrand merupakan pelakon dan model yang terkenal dalam industri hiburan tanah air, namanya meningkat naik selepas membintangi watak Nadine dalam drama bersiri yang terkenal iaitu Pujaan Hati Kanda pada tahun 2018.

Pelakon berdarah campuran Amerika, Jerman dan Melayu itu bagaimanapun mengumumkan dia telah berpindah ke Amerika Syarikat dan memulakan kehidupan yang baru di sana.

Hari ini, Sarah telah berkongsi sesuatu yang membuatkan ramai kagum dengannya di mana dia telah menyertai Tentera Udara AS (US Air Force) dan mengangkat sumpah untuk mula berkhidmat dalam pasukan tersebut.

“Anything is possible”

Bekas pelakon itu memuat naik gambarnya yang kini lebih fit bersama pegawai unit beruniform di sana serta laporan markah ujian kelayakannya untuk menyertai pasukan itu dengan kapsyen ‘tiada apa yang mustahil’.

Ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada rakan selebriti serta peminatnya yang rata-rata kagum dan bangga dengan keberanian serta pencapaiannya.

image is not available

Wah, bukan biasa-biasa ni! Tahniah Sarah Hildebrand!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.