Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

16 Jun 2024 • 4:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Saranan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri berkenaan pekerja harus sentiasa bersedia menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja nampaknya tidak dipersetujui netizen.


Pekerja ada hak untuk berehat

Rata-ratanya berpendapat majikan atau bos tidak seharusnya menganggu waktu rehat pekerja terutamanya selepas habis waktu bekerja dan juga semasa cuti.

Malah kenyataan Aliff menerusi video di TikTok yang mengatakan pekerja rajin dan berdedikasi adalah orang yang tidak berkira dengan waktu juga turut dibidas netizen.

“Tapi bos pun kena ingat pekerja manusia bukan robot. Pekerja pun ada anak dan keluarga. Kadang benda yang boleh buat sendiri pun tapi tetap nak kerah,”


image is not available

 

 

 

 

Hormati privasi pekerja

Dalam pada itu, netizen juga turut memberikan pandangan mereka berkenaan topik yang dibicarakan oleh Aliff.

Secara majoritinya, netizen berpendapat majikan juga harus menghormati privasi pekerja dengan cara memberikan ruang dengan tidak menganggu mereka selepas habis waktu bekerja.

image is not available

image is not available

 

 

Berikut merupakan video penuh Aliff:

@papalarisofficial

Untuk boleh berjaya korang mestilah kerja tak berkira, yang paling penting kalau boss telefon di angkat jangan senyap…

♬ Motivation - neozilla

 

 

Terdahulu, Aliff mengatakan para pekerja tidak patut mengabaikan panggilan telefon daripada majikan selepas waktu bekerja.

 

Kata Aliff lagi, mereka yang rajin bekerja adalah orang yang akan dihargai oleh majikan.