Saranan khatan anak pada usia 7 hari

Family & Parenting
28 Aug 2026 • 9:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saranan khatan anak pada usia 7 hari

Adakah terdapat saranan dalam agama untuk mengkhatankan anak seawal usia mereka tujuh hari? Mohon pencerahan.

Jawapan: Dalam mazhab Syafi’i, disunatkan mengkhatankan bayi seawal usianya tujuh hari. Jika ingin menangguhkannya, maka sunat dilakukan pada hari ke-40 kelahirannya atau pada ketika usia kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun (mengikut kiraan Qamariah).

Islam sangat menekankan aspek kebersihan dan kesihatan kerana seseorang perlu berada dalam keadaan bersih dan sihat untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Berkhatan adalah salah satu simbol penjagaan kebersihan dan kesihatan dalam Islam.

Menurut pandangan muktamad dalam mazhab Syafi’i: “Wajib berkhatan bagi lelaki dan juga perempuan sekiranya dia lahir dalam keadaan yang belum dikhatankan.”

Bagaimanapun, ulama menyebutkan bahawa berkhatan ini menjadi wajib dengan sebab baligh.

Namun, disunatkan berkhatan ketika bayi itu berusia seawal tujuh hari selepas hari kelahirannya.

Hal ini sepertimana yang dilakukan oleh Nabi SAW, dalam satu riwayat disebutkan bahawa: “Nabi SAW telah mengkhatankan Saidina Hasan dan Saidina Husin RA pada hari ketujuh selepas hari kelahiran kedua-duanya”.

Meskipun begitu, jika hendak menangguhkannya, maka sunat melakukannya pada hari ke-40 selepas kelahiran.

Bahkan, jika ingin ditangguhkan lagi, maka boleh melakukannya pada ketika kanak-kanak tersebut telah mencapai umur tujuh tahun (mengikut kiraan umur Qamariah) kerana selari dengan perintah untuk menyuruhnya solat.

Selain itu, jika umur bayi yang hendak dikhatankan itu belum mencapai usianya tujuh hari, sama ada bayi lelaki mahupun perempuan, maka hukumnya adalah makruh.

Kesimpulannya, berdasarkan perbahasan di atas, dalam mazhab Syafi’i, disunatkan mengkhatankan bayi seawal usianya tujuh hari.

Jika ingin menangguhkannya, maka sunat dilakukan pada hari ke-40 kelahirannya atau pada ketika usia kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun (mengikut kiraan Qamariah).

Manakala, jika bayi itu belum mencapai usianya tujuh hari, sama ada bayi lelaki mahupun perempuan, maka hukumnya adalah makruh.

The post Saranan khatan anak pada usia 7 hari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved