Sarat Hamil, Wanita Turun Motosikal Bersalin Tepi Jalan.. Ramai Bantu Tak Kira Bangsa!

LocalFamily & Parenting
12 Aug 2025 • 11:34 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan renyai.

Wanita turun motosikal bersalin tepi jalan

Seorang pengguna aplikasi TikTok, Umi Syarifah antara individu yang membantu proses kelahiran bayi tersebut termasuk seorang wanita berbangsa India yang berada di lokasi.

@umisyarifahshop

saya bersama akk indian dan yang lain membantu menyambut kelahiran seorang bayi di bahu tepi jalan Taman Bukit Dahlia,Pasir Gudang dalam keadaan berhujan. TERIMA KASIH SEMUA KORANG SEMUA MEMANG HEBAT .. bagi tuala baju tudung semua .. Video ini dirakam kerana orang ramai yang lalu menyangka kemalangan namun perkara sebaliknya berlaku. #pasirgudang #johorbahru #fyp #official #kotamasai #bersalintepijalan#astro #utusanmalaysia #pama #sinar#metro

♬ suara asli – Om Anggara98 – Om Anggara98

Menurut Umi, pada awalnya video dirakam orang awam kerana menyangka berlaku kemalangan namun, situasi sebenar adalah proses kelahiran yang berlaku secara tiba-tiba.

image is not available

“Saya bersama akak berbangsa India dan yang lain membantu menyambut kelahiran seorang bayi di bahu tepi jalan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang dalam keadaan berhujan.

“Video ini dirakam kerana orang ramai yang lalu menyangka kemalangan namun perkara sebaliknya berlaku,” tulisnya menerusi satu hantaran di TikTok pada Isnin.

Dalam hantaran sama, Umi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bertindak pantas menghulurkan bantuan dengan memberikan tuala, pakaian dan tudung bagi melindungi ibu dan bayi berkenaan sebelum ketibaan pasukan perubatan.

image is not available

“Terima kasih semua, korang semua memang hebat.. bagi tuala, baju, tudung semua,” kongsinya.

image is not available

Difahamkan, ibu bersalin terbabit menunggang motosikal bersama suaminya sebelum berhenti di lampu isyarat kerana tidak lagi mampu menahan sakit sebelum berhenti di tepi jalan untuk bersalin.

Keseluruhan proses kelahiran tersebut dirakam dan tular di media sosial, dengan rata-rata warganet memuji semangat kerjasama serta keprihatinan masyarakat setempat.

Semua ibu kat situ hebat!

image is not available

Terharu tengok dalam keadaan hujan, ramai bantu

image is not available

Alhamdulillah, kedua-duanya selamat

image is not available

Patut dapat penghargaan

image is not available

Insiden ini menjadi bukti bahawa semangat kemanusiaan dan keprihatinan masyarakat masih teguh, tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.

Dalam situasi genting dan serba kekurangan seperti ini, kesediaan orang ramai untuk berganding bahu menghulurkan bantuan membuktikan bahawa nilai tolong-menolong dan empati masih subur dalam kehidupan seharian.