Saravanan, isteri dan dua anak hadir ke SPRM terima notis pengisytiharan harta

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 10:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Saravanan, isteri dan dua anak hadir ke SPRM terima notis pengisytiharan harta
Saravanan Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan bersama-sama isteri dan dua anaknya hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi ini bagi menerima notis pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Dua kenderaan berwarna hitam dipercayai membawa Saravanan dan keluarganya memasuki bangunan ibu pejabat suruhanjaya itu di sini pada 9.15 pagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman sebelum ini berkata SPRM akan menyerahkan notis kepada Saravanan, isteri dan tiga anaknya supaya mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh sebulan, manakala seorang lagi anaknya pada November kerana masih berada di luar negara.

Abd Halim turut dilaporkan berkata mereka telah dimaklumkan dan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi penyerahan notis tersebut, dengan tempoh 30 hari diberikan untuk berbuat demikian, manakala lanjutan masa akan diberikan sekiranya tempoh berkenaan tidak mencukupi dan permohonan dikemukakan.

Saravanan sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan hampir RM1.09 juta berkaitan kelulusan 1,000 kuota pekerja asing untuk sebuah syarikat yang didakwa dilakukan empat tahun lepas. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved