Sarawak Anjur Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo Oktober Ini

5 Apr 2024 • 1:01 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak tuan rumah acara sukan global, jadi destinasi pelancongan sukan tahun ini

Sarawak Anjur Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo Oktober Ini. Sarawak akan menjadi tuan rumah Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo pada 9 hingga 12 Oktober nanti.

Kira-kira 500 pemain pickleball dijangka akan menyertai pertandingan pickleball antarabangsa terbesar di Malaysia dan Borneo, di mana mereka akan berebut hadiah bernilai RM20,000.

image is not available
Sarawak Anjur Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo Oktober Ini

Seluruh perhatian kini tertumpu kepada Sarawak tahun ini

Menurut sumber, penganjuran kejohanan ini penting untuk mengukuhkan Sarawak sebagai destinasi sukan dan pelancongan sukan.

Semua mata tertumpu kepada Sarawak tahun ini kerana ia menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dan Kejohanan Pickleball Borneo merupakan peluang strategik lain untuk menunjukkan keupayaan Sarawak menganjurkan acara sukan global serta meningkatkan imej sebagai destinasi pelancongan sukan.

Dengan lebih banyak persatuan sukan membangunkan acara baharu di Sarawak, ia akan menarik pelaburan baharu dalam kemudahan dan infrastruktur sukan.

Anjuran sukan ini disokong oleh BESarawak dan sukan ini juga sesuai untuk semua peringkat usia

Untuk makluman, anjuran Persatuan Pickleball Kuching (KPA) disokong oleh BESarawak sebagai penasihat strategik bagi menyediakan semua bentuk sokongan kepada persatuan dalam menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa ini.

Sukan pickleball adalah sesuai untuk semua peringkat usia dan ia merupakan sukan yang baik untuk memupuk interaksi antara komuniti dan industri. Kejohanan ini terbuka kepada organisasi korporat, sektor awam, persatuan, kelab, dan orang awam.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh mendaftar sebelum atau pada 31 Ogos 2024 menerusi pautan http://pickleball.global/.

Baca juga artikel yang berkaitan: