Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026

3 Apr 2024 • 5:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Majlis Perasmian Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander. Foto fail Bernama

SINGAPURA memutuskan untuk tidak membuat sebarang tawaran sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026, menurut laporan media tempatan.

The Straits Times melaporkan Sukan Komanwel Singapura (CGS) dan Majlis Sukan Singapura (SportSG) dalam satu kenyataan bersama berkata, mereka telah mengkaji kemungkinan menganjurkan temasya itu dan membuat keputusan berkenaan.

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) semasa perhimpunan agungnya pada November 2023 menjemput semua ahli persatuan, termasuk Singapura untuk menyatakan minat bagi menganjurkan Sukan Komanwel 2026 selepas tuan rumah asal, Victoria mengambil keputusan menarik diri dengan mendakwa peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal kepada A$6.9 bilion.

Malaysia sebelum ini menolak tawaran CGF dengan menyatakan keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet selepas meneliti semua aspek penganjuran acara itu dan implikasinya. - Bernama