Sarawak antara paling banyak kawasan diramal hujan lebat, ribut petir malam ini

LocalEnvironment
7 Sep 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sarawak antara paling banyak kawasan diramal hujan lebat, ribut petir malam ini

PETALING JAYA – Sarawak menjadi antara negeri paling banyak melibatkan kawasan yang dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi berkata, antara kawasan terlibat ialah Sri Aman membabitkan Lingga, Sri Aman dan Lubok Antu selain Betong serta Sarikei meliputi Julau dan Pakan.

“Amaran sama turut membabitkan Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit) serta kawasan di pedalaman Sarawak.

Selain Sarawak, empat negeri lain iaitu Kedah, Perak, Kelantan dan Sabah turut berada di bawah amaran ribut petir serta hujan lebat sehingga pukul 9 malam ini,” ujarnya.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak membabitkan Selama, Hulu Perak, Larut Matang dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, di Kelantan, amaran berkenaan melibatkan Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Bagi Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman meliputi Pensiangan, Sook, Keningau, Tambunan dan Tenom.

Turut terjejas ialah Sandakan membabitkan Tongod, Telupid, Paitan dan Kinabatangan serta Labuk dan Sugut. – KOSMO! ONLINE

The post Sarawak antara paling banyak kawasan diramal hujan lebat, ribut petir malam ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved