Waspada, Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Enam Negeri Hingga Awal Pagi Ini

LocalEnvironment
8 Sep 2026 • 12:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Waspada, Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Enam Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah.

Beberapa Negeri Dijangka Hujan Lebat

"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan daerah Kuala Kangsar, Hulu Perak, Larut Matang dan Selama.

"Sementara di Kelantan dan Terengganu masing-masing hanya satu daerah diramal hujan iaitu Kuala Krai dan Besut.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman (Lingga, Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Betong), Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Song dan Bukit Mabong).

"Selain di Sabah pula termasuk Sandakan (Telupid, Paitan, Kinabatangan, Labuk & Sugut dan Tongod), Tawau (Lahad Datu), Pantai Barat (Ranau), Pedalaman (Pensiangan)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved