
Bukan sekadar dataran biasa – tapi lambang keberanian dan warisan hebat Dayak di bumi Sarawak.
Sarawak Bakal Bina Dataran Bujang Berani dan Pusat Warisan Dayak di Kapit. Kerajaan Sarawak telah meluluskan penubuhan Dataran Bujang Berani dan Pusat Warisan Dayak di Kapit sebagai satu penghormatan kepada pengorbanan dan sumbangan komuniti Dayak terhadap keselamatan, keamanan dan pembinaan negara. Yes, mereka nak abadikan legasi para pahlawan.
Menurut Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, cadangan lokasi Dataran Bujang Berani adalah di sekitar Fort Sylvia – tapak bersejarah yang sinonim dengan perjuangan Dayak ketika zaman darurat termasuk semasa Darurat Malaya. Projek ini akan menjadi mercu tanda penting bagi generasi sekarang dan akan datang.

Gambar sekadar ilustrasi.
Beliau berkata, masyarakat Dayak – termasuk Iban, Kayan, Kenyah dan lain-lain di kawasan Upper Rajang – telah banyak menyumbang dalam pasukan keselamatan negara sejak sebelum Malaysia dibentuk. Ada yang jadi penjejak (trackers), anggota Sarawak Rangers, dan Malaysian Rangers. Hebat!
“Dayak dah lama berjuang demi keselamatan negara, bahkan sebelum Malaysia lagi. Dataran ni akan jadi simbol kepada asal usul dan semangat juang kita,” ujarnya, menurut laporan media tempatan.
Projek belum ada kos rasmi, tapi nilai semangat tu… priceless!
Nanta turut menekankan bahawa walaupun bajet untuk projek ni belum dimuktamadkan, nilai simbolik dan semangat perpaduan jauh lebih penting daripada nilai ringgit. Respect.
Selain dataran, satu lagi berita baik – Pusat Warisan Dayak juga telah diluluskan secara prinsip, dengan pembiayaan yang telah diperuntukkan. Ia akan menjadi pusat untuk mengekalkan dan mempamerkan budaya, tradisi dan sejarah Dayak.
Siapa yang terlibat dalam inisiatif ni?
Inisiatif ini turut melibatkan kerjasama dari:
- YB Datuk Liwan Lagang (ADUN Belaga)
- YB Kennedy Chukpai Ugon (ADUN Murum)
- Agensi Pembangunan Upper Rajang (URDA)
Sempena pelancaran ini juga, buku Commemorating A Century of Kapit Peacemaking (1924–2024) telah dilancarkan – sebagai memperingati ulang tahun ke-100 Perjanjian Perdamaian Kapit yang menjadi turning point dalam menyatukan masyarakat Dayak.
Antara tokoh penting yang hadir termasuk:
- Datuk Jefferson Jamit Unyat (Timbalan Menteri Undang-Undang Adat)
- Datuk Joseph Salang Gandum (Presiden PRS)
- Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah
- Dr Regina Garai (Editor buku)
Kenapa ini penting?
Kerana ini bukan sekadar ‘projek pelancongan’ semata. Ia adalah tentang memelihara identiti, mengiktiraf jasa, dan mendidik generasi akan datang tentang siapa yang membentuk tanah air ini. Dayak bukan sekadar nama dalam buku sejarah – tapi pahlawan yang membina asas keamanan yang kita nikmati hari ini.
Nak tahu lebih? Nantikan pelancaran rasmi dan pembinaan Dataran Bujang Berani. Jangan lupa singgah bila dah siap – bukan saja untuk ‘OOTD’, tapi juga untuk mengenali warisan negara kita.
Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat bersejarah di Sarawak:



