Tebus kesilapan lampau, Sajat bakal tunai umrah berpenampilan lelaki tahun depan

LocalEntertainment
30 May 2025 • 3:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan dan personaliti media sosial, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat bakal tunai umrah pada tahun hadapan apabila menyatakan hasrat tersebut di siaran langsung TikTok.

Sajat bakal tunai umrah tahun hadapan

Ujarnya, dia mahu menebus kesilapan lampau apabila bertekad akan datang ke Tanah Suci dengan berpenampilan lelaki sejajar dengan fitrah asalnya.

Dalam siaran langsung di TikTok yang dikongsi semula pengguna media sosial, Sajat yang kini menetap di Sydney, Australia memaklumkan dirinya dia memperbetulkan kesilapan lalu dan tidak mahu lagi mengulangi tindakan yang pernah mencetuskan kontroversi lima tahun lalu.

“Insya-Allah tahun depan saya akan pergi umrah lagi. Kali ini, saya akan berpakaian lelaki, tak kisah rambut panjang sekalipun.
Kita belajar daripada apa yang berlaku dan kita tidak mahu mengulangi kesilapan lepas. Saya takkan buat benda yang buatkan orang lebih marah,” katanya.

Sajat bakal tunai umrah, nekad berpenampilan lelaki di Tanah Suci

Sajat turut menyatakan bahawa antara nasihat paling menyentuh hati daripada keluarganya ialah agar dia tidak meninggalkan agama Islam, walau apa pun berlaku.

“Satu je keluarga saya cakap. Apa jadi kat saya sekali pun, saya jangan tukar agama,” ujarnya.

Allah tak memandang permulaan, tapi pengakhiran

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing mendoakan agar Sajat kembali menjadi seorang lelaki seperti asalnya.

Mereka juga mendoakan yang baik-baik buat usahawan itu dan mengakui bahawa Sajat merupakan seorang yang baik.

image is not available

Semoga kembali ke fitrah asal

image is not available

Sajat ni sebenarnya baik, semoga kembali ke pangkal jalan

image is not available

Terdahulu, Sajat pernah mencetuskan kontroversi besar pada tahun 2020 apabila menunaikan umrah dengan berpenampilan wanita, tindakan yang mengundang kecaman dan reaksi pelbagai pihak.

Kini, Sajat dilihat lebih berhati-hati dan bertekad untuk menjalani ibadah umrah dengan lebih berhemah serta menghormati sensitiviti umat Islam.