Sarawak Bakal Terima Dua Unit Pertama ART Menjelang Awal 2026

27 May 2025 • 11:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

ART Akan Mendarat di Kuching! Tapi Bukan Tahun Ini Ya…

Sarawak Bakal Terima Dua Unit Pertama ART Menjelang Awal 2026. Siapa sangka, Sarawak bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang akan menerima kenderaan Autonomous Rapid Transit (ART).TapI, kena sabar sikit lah geng, sebab dua unit pertama dijangka sampai awal tahun 2026.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, masa beliau membentangkan ucapan penangguhan menteri di Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUS) pada 26 Mei.

image is not available
Sarawak Bakal Terima Dua Unit Pertama ART Menjelang Awal 2026

Hantar Ikut Batch, Bukan Sekali Gus

Kalau korang bayangkan semua 38 unit ART ni sampai serentak macam delivery Shopee masa 6.6 nanti, nope.

Lee kata penghantaran akan dibuat secara berperingkat, dengan dua hingga tiga unit dalam setiap batch. Yang bestnya? Semua unit ni tengah dibina di China.

“Versi akhir ART akan dihantar secara berperingkat bermula dengan dua unit pada awal 2026,” – Dato Sri Lee Kim Shin, menurut laporan media tempatan.

Tapi Projek KUTS Ada Delay?

Yes, betul. Fasa 1 bagi sistem Kuching Urban Transportation System (KUTS) mengalami sedikit kelewatan. Tapi jangan risau, kerajaan negeri dah pun aktif pantau kemajuan projek dan siapkan plan tindakan.

Kalau kontraktor lambat lagi? Mereka kena hantar rancangan “catch-up” dan kena penalti ikut kontrak. Tak boleh goyang kaki, okay?

Sarawak Go Green!

Selain ART, Fasa 1 projek KUTS akan disokong dengan 55 bas hidrogen sebagai sebahagian usaha Sarawak ke arah pengangkutan awam mesra alam.

Lee juga beri jaminan bahawa kerajaan negeri serius dan terstruktur dalam melaksanakan projek ni – dengan bantuan pakar teknikal dan amalan antarabangsa terbaik.

Kalau semua berjalan lancar, kita mungkin akan tengok ART berlegar-legar tanpa pemandu di Kuching dalam beberapa tahun je lagi. Future is coming, Sarawakians!

Nak tahu lebih lanjut tentang teknologi ART ni atau projek KUTS? Stay tuned dan jangan lupa share berita ni dengan geng yang selalu stuck dalam jam Kuching.

Baca juga artikel yang berkaitan: