Sarawak Boleh Jadi Negeri Paling Untung, Individu Ini Jelaskan Bagaimana

18 Jan 2024 • 2:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jika Sarawak dapat mengatasi satu masalah ini, maka Sarawak akan menjadi negeri paling untung.

Sarawak Boleh Jadi Negeri Paling Untung, Individu Ini Jelaskan Bagaimana. Seorang pempengaruh ekonomi di Tiktok, Nazri Hamdan telah mengutarakan pandangan yang menarik tentang ekonomi Sarawak yang dilihatnya adalah yang ‘paling untung’ buat masa ini di Malaysia. Beliau yang kerap berkongsi pandangan-pandangannya mengenai isu ekonomi dan kewangan di Malaysia menyatakan bahawa Sarawak berpotensi menjadi negeri paling untung.

Beliau berpendapat bahawa kestabilan politik adalah faktor utama yang membolehkan Sarawak dapat mencapai sasaran itu, jika dibandingkan dengan situasi politik di Semenanjung Malaysia.

image is not available
Sarawak Boleh Jadi Negeri Paling Untung, Individu Ini Jelaskan Bagaimana

Beliau juga berharap agar rakyat Semenanjung dapat belajar daripada Sarawak, sekaligus membuka mata rakyat tentang pentingnya kestabilan politik untuk membina sebuah ekonomi berdaya saing.

Dengan mengambil contoh daripada kenyataan yang dibuat oleh pakar ekonomi Bank Dunia pada pertengahan tahun 2023, Sarawak mempunyai pendapatan nasional kasar (GNI) yang tinggi, melebihi paras negara berpendapatan tinggi iaitu US$13,205 (RM61,500).

Ini menunjukkan bahawa Sarawak mampu menghasilkan nilai ekonomi yang tinggi daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh warganegara dalam sesebuah negeri atau negara itu sendiri.

Pempengaruh ini juga yakin Sarawak dapat menangani masalah kesamarataan dalam beberapa tahun yang akan datang

Walau bagaimanapun, menurut Nazri, cabaran utama yang masih perlu ditangani oleh Sarawak adalah kesamarataan atau kesejahteraan sosial. Beliau yakin bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan memperbaiki infrastruktur di Sarawak, yang akan memberikan akses kepada peluang-peluang pekerjaan, kesihatan dan pendidikan yang lebih baik kepada rakyat Sarawak.

Mengulas lanjut, beliau yakin bahawa isu kesamarataan ini dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun yang akan datang, melihat kepada kestabilan politik yang dinikmati oleh Sarawak pada masa ini. Untuk konteks penuh, anda boleh menonton video penuh ulasan beliau ini:

Artikel ini bertujuan untuk memberikan informasi mengenai keadaan ekonomi dan politik di Sarawak, serta pandangan jujur orang awam terhadap Sarawak. Artikel ini tidak bermaksud untuk menyokong atau menentang mana-mana pihak politik atau ideologi.

Dalam masa yang sama, Sarawak juga bakal membina pusat konvensyen baru untuk acara antarabangsa: