
Kota Kinabalu: Usahawan muda digesa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam penstrukturan semula ekonomi Sabah agar idea dan sumbangan mereka dapat membantu negeri ini berkembang menjadi penjana hasil lebih RM10 bilion.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata masih banyak yang perlu dilakukan untuk Sabah dan berharap mereka dapat bangkit untuk melaksanakannya.
“Saya mahu anda, sebagai ahli Pemimpin Muda Perniagaan dan Industri Sabah (Sybil) menjadi rakan kongsi kami dalam kemajuan untuk merealisasikan agenda pembangunan kami untuk manfaat Sabah dan rakyatnya,” kata Hajiji kepada kira-kira 100 peserta dalam sesi libat urus Sybil dengan Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) di Menara Kinabalu, Rabu.
SEAC membantu Kerajaan Sabah menggubal dasar ekonomi dan transformatif yang progresif.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Hajiji berkata beliau berbesar hati melihat semangat itu dan memuji inisiatif SEAC untuk memulakan dan memberikan suara kepada golongan muda dalam bidang perniagaan dan industri.
Beliau berkata sejak mengambil alih jawatan Ketua Menteri pada September 2020, Kerajaan Negeri tidak membuang masa menstruktur semula ekonomi Sabah.
“Kami telah meletakkan sasaran jelas untuk membangunkan Sabah dalam tempoh lima tahun mulai 2021 seperti yang ditunjukkan dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kami.
Sehingga kini, kami telah merekodkan pelaburan lebih RM12 bilion dalam 90 projek, menjanjikan penjanaan beribu-ribu pekerjaan.
“Minggu lalu, saya mengumumkan projek keluli hijau bernilai RM20 bilion. Fasa Satu projek itu akan bermula pada hujung tahun ini dan siap pada 2026, menjanjikan 2,795 peluang pekerjaan semasa fasa operasinya,’ kata Hajiji.
Beliau berkata Sabah menjangkakan lebih banyak pelaburan berikutan dasar mesra yang telah menjadikan negeri ini kondusif bagi pelabur.
Beliau berkata beliau meletakkan pelaburan ini sebagai asas kukuh untuk anak muda Sabah membina masa depan mereka.
Sementara itu, Pengerusi SEAC Tan Sri David Chu berkata terdapat banyak kejayaan dalam inisiatif Kerajaan Negeri pimpinan GRS untuk mengubah ekonomi Sabah sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada September 2020.
Sambil memuji Hajiji kerana membentuk SEAC untuk membantu pengurusan dan dasar ekonomi, beliau berkata Ketua Menteri terus komited kepada penstrukturan semula besar-besaran ekonomi negeri yang telah membuahkan hasil.
Hasil Sabah telah melampaui rekod lepas sejak GRS mengambil alih pentadbiran pada 2020. Hasilnya melebihi RM6 bilion buat kali pertama tahun lepas.
Dalam ucapannya yang disampaikan oleh anggota SEAC Datuk John Lo, beliau berkata transformasi ekonomi Sabah yang berterusan bertujuan memberi manfaat kepada generasi muda dan anak-anak mereka.
“Saya harap anda akan menerima dan mengembangkan perniagaan anda seiring dengan peningkatan ekonomi Sabah,” katanya, menambah mereka juga harus menerima dasar “Sabahan First” dalam usaha mereka, sama ada dalam perniagaan atau industri.
“SEAC akan bekerjasama dengan anda untuk membina Rangkaian Peneraju Muda Perniagaan & Industri Sabah,” katanya.
Kemudian, Lo atas kapasitinya sebagai penasihat Majlis SEAC, turut menggesa rakyat Sabah mengambil pemilikan ekonomi negeri.
“Demi masa depan ekonomi Sabah dan generasi masa depan Sabah, adalah penting untuk kita melatih ramai pemimpin muda perniagaan dan ekonomi Sabah untuk meneruskan trend pertumbuhan ekonomi dan penstrukturan semula sekarang,” katanya.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr Roland Chia Ming Shen, berkata ia amat bermakna bagi Sabah bahawa banyak peluang perniagaan dan pekerjaan diwujudkan untuk generasi muda terus kekal di negeri ini dan menyumbang kepada pertumbuhan Sabah, daripada berhijrah dan menyebabkan perhijrahan cendekiawan.
Pengerusi Sybil, Ar. James Wong berkata program usahawan muda itu merupakan satu inisiatif untuk membantu SEAC dalam merangka dasar bagi membangunkan kepimpinan ekonomi muda di negeri ini.
“Kami (Sybil) membantu menggerakkan kira-kira 100 pemimpin muda perniagaan dan industri dari Sandakan, Tawau malah Kuala Lumpur untuk libat urus bagi melihat di mana profesional industri muda boleh menambah nilai, menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah nyata hari ini,” katanya.
Program ini adalah berasaskan penyelesaian dan suatu platform bagi pemimpin perniagaan muda memikirkan cara untuk membina ekonomi masa depan yang lebih kukuh dan bertenaga bagi Sabah.
Ia seiring dengan gesaan Ketua Menteri kepada pemimpin muda perniagaan dan industri di Sabah untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, dan membantu dalam merealisasikan agenda pembangunan negeri untuk manfaat Sabah dan rakyat.
“Pada masa lalu, kita hidup dalam ekonomi tidak menentu di Sabah di mana jiran kita telah mendahului kita dari segi pertumbuhan ekonomi, inovasi, bakat dan industri.
“Kita perlu melihat ke arah membina ekonomi masa depan yang teguh dan dinamik bersama-sama, dengan membina platform pemimpin industri muda dengan wawasan sama, yang boleh bekerjasama dengan kerajaan hari ini dalam membantu menyelesaikan isu dunia nyata dan memikirkan mengenai daya saing masa depan Sabah dalam 5-10-20 tahun akan datang,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

