Sarawak Dilapor Sasar AmBank Dan Bank Lain Untuk Digabungkan Dengan Affin Bank

17 Apr 2025 • 10:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selepas AmBank, Sarawak Sasar Bank Lain untuk Penggabungan dengan Affin

Sarawak Dilapor Sasar AmBank Dan Bank Lain Untuk Digabungkan Dengan Affin Bank. Desas-desus semakin kuat bahawa satu langkah strategik sedang dirancang oleh kerajaan negeri Sarawak — sebuah langkah yang berpotensi menggoncang landskap perbankan negara. Khabarnya, kerajaan negeri yang kini merupakan pemegang saham terbesar dalam Affin Bank Bhd, sedang mengintai peluang untuk mengambil alih kepentingan dalam AmBank Group — dan mungkin sebuah lagi bank.

Menurut laporan Free Malaysia Today, kerajaan Sarawak dikatakan sedang mengkaji satu lagi penggabungan bank untuk memperkukuhkan kedudukan Affin Bank dalam pasaran kewangan negara. Ini menandakan bahawa misi Sarawak bukan sekadar satu gabungan semata-mata, tetapi satu pelan besar ke arah membina empayar kewangan yang lebih mantap.

image is not available

Bank Kedua Menyusul untuk Gabungan dengan Affin

Laporan tersebut juga menyebut bahawa kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan awal dengan wakil kepada Tan Sri Azman Hashim, pengasas AmBank, berhubung potensi pengambilalihan saham miliknya dalam AMMB Holdings Bhd — syarikat induk kepada AmBank, AmInvestment Bank dan AmBank Islamic. Tan Sri Azman kini memegang 11.83% pegangan dalam kumpulan tersebut, dengan nilai saham dianggarkan sekitar RM2.07 bilion.

Perjalanan ke Arah Gabungan

Difahamkan, kerajaan Sarawak menyasarkan penggabungan antara Affin dan AmBank — dengan syarat bahawa Affin kekal sebagai entiti utama dalam struktur baharu. Gabungan ini bakal menjadikan mereka bank keempat terbesar di Malaysia dari segi aset.

Namun, perbincangan masih belum mencapai kata putus. Isu harga saham dan pengaruh dalam pengurusan masih menjadi faktor utama yang perlu diselesaikan. Dalam masa yang sama, Sarawak dikatakan hanya berminat untuk mengekalkan pegangan sekitar 20% dalam entiti yang bakal digabungkan.

Strategi Lebih Luas — Bukan Sekadar AmBank

Apa yang lebih menarik, laporan itu turut menyebut bahawa Sarawak sedang meneliti peluang penglibatan dalam Bank Muamalat dan Kuwait Finance House (KFH). Walaupun sektor perbankan Islam bukan keutamaan, potensi pengaruh dan aset kedua-dua bank ini membuatkannya pilihan yang tidak boleh diketepikan.

Bank Muamalat kini dimiliki oleh DRB-Hicom (70%) dan Khazanah Nasional (30%), namun perlu mengurangkan pegangan bagi mematuhi syarat Bank Negara. Manakala KFH pula telah mengumumkan rancangannya untuk menamatkan operasi di Malaysia dan sedang mencari pembeli untuk portfolio pinjaman runcitnya.

Baca juga di sini: